Tuesday, February 26, 2019

Aspa cottage

Aspa Cottage, kuantan.

untuk staff kontraktor yang jaga project, selalunya rumah akan disediakan.
Semasa di projek Gebeng, kami menyewa di Taman  Aspa Cottage yang terletak di jalan lama jerangau - jabor dekat sempadan pahang dan Ganu. Taman tu macam konsep dusun, satu ekar tanah dan sebuah rumah.
Aku terjebak dok Di AC bila mat zen dan clerk jantan kami Apai bagitau, bos don't worry. Dok dengan kitaorang tapi bos kena dok dengan Pak  Syed la sebab dia baguih.
Aku pun kata ok berehhh. Area kawasan tu sunyi sebab semua rumah  jauh2. Rumah itu juga ada pokok buah-buahan yang kami dapat rasa bila sampai musim.

Cuma Yang tak boleh lupa bila satu weekend Aku tak balik klang, tiba2 semua ahli rumah cabut hilang tinggalkan Aku sorang. Bila malam baru aku sedar hanya aku seorang saja yang ada. Tengah malam tu Ada orang ketuk2 pintu depan Dan memanggil2. Aku pun bengang sebab tidur terganggu dan terus keluar Dan jerit2, woiiiiii sapa ni , bising la aku nak tidur dan tak nampak sesiapa di luar.
Selepas itu semua senyap sepi.

Bila aku check kemudiannya, ramai pernah kena panggil dan rumah staff satu lagi lagilah teruk.

Nak buat macam mana itu yang dan kami bertahan lebih dari dua tahun jugak.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...