Dari Sri Damansara ke Balkan.
Dari seorang yang hanya bercita-cita untuk menjadi project engineer selama-lamanya, tetapi pada January 2001 aku telah memulakan tugas sebagai project manager di projek Sri Damansara interchange dengan syarikat Bumihiway. Projek pada masa itu sudah Extension of Time no. 1. Masa interview General Manager, Tuan Hj Bhar bagitau projek ni terkawal . Bila aku masuk sudah extension rupanya. Tapi team aku dan consultant okey dan boleh berkerjasama sampai projek siap. Setelah menyiapkan project itu enam bulan kemudiannya, aku tak ada pilihan lain selain outstation ke Gebeng by Pass, kuantan. Kali ini dengan bos dan team yang baru. Hanya si Faiz sahaja yang dari Sri Damansara. Kami tinggal di satu kawasan yang di panggil Aspa Cottage. Konsep ala-ala rumah dalam dusun buah-buahan. Kemudiannya bos berhenti dan di ganti dengan bos part time, Tn Hj Asmuni dan dia pun keluar setelah kata persetujuan syarikatnya dengan syarikat Bumihiway gagal. Aku dan team menyiapkan GBP dalam keadaan syarikat bergolak dengan perubahan top management. General Manager operation bertukar beebrapa orang. Management baru dengan politics baru menyebabkan aku tercampak ke India walaupun sebelum itu aku dan team dijanjikan untuk ke project baru di K.pilah. Nama aku terus naik dan aku tak dapat menepisnya.
Akhirnya aku menjejak kaki ke Delhi, Hyderabad, Vijayawada dan menetap di Chennai, Tamil Nadhu, India. Bila sampai di India, Ceo resign and aku terpaksa menjadi Head of India operations. Keadaan di sana sungguh bergolak dan kami berhadapan dengan kes mahkamah serta arbitration.
Setelah enam bulan sepenuh masa, aku balik dan pergi ke kem gong kedak untuk habiskan project. Setelah gagal dapat duit vss, aku menghantar surat berhenti tapi sebulan kemudiannya masuk balik dan di tempatkan di ibupejabat di hamodal dengan tugas baru untuk menyelesaikan semua project lama yang belum dapat CMGD. Bumihiway tak dapat bertahan lagi dengan kes projek MRR2. Reputasi hancur dan tiada siapa berani memberi projek baru.
Dalam masa itu aku mula kembali ke India menyambung kerja-kerja dahulu. Aku terbang ke India sebulan sekali bertemu dengan anak buah lama seperti Ravi, Arun, Mohapatra, Srikanth, Krisna, Abdallah dan Tariq.
Tiba-tiba satu hari aku di panggil untuk tugasan yang mendesak di Bosnia. Bos tak mahu memeritahu detail apa yang syarikat kehendaki. Aku terpaksa cabar HR bos, Jo untuk memberi kontrak esuk. Kalau tidak aku tak akan pergi dan menyuruh mereka bagi enam bulan sahaja.Setelah bergasak dan dengan tidak di sangka, mereka dapat menyediakan kontrak. Seminggu kemudian aku sudah berada di atas kapalterbang untuk ke Vienna dan Sarajevo untuk selama enam bulan.