Tuesday, December 5, 2017

Kaedah tafsir 6c

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (6c)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

أما بعد :

3. Berhati-hati dan berusaha untuk menghidari dari perkhabaran-perkhabaran israiliyyat.

Israiliyyat adalah kata jamak (plural) bagi perkataan Israiliyyah, iaitu nisbah bagi Bani Israil.

Israil adalah nama bagi Nabi Ya’qob a.s. yang beerti ‘Abdullah (hamba Allah). Bani Israil pula ialah anak-anak Nabi Ya’qob a.s. dan keturunan seterusnya. 

Allah Ta’ala banyak mengistilahkan mereka sebagai Bani Israil di dalam Al Quran.

Israilyyat adalah ilmu-ilmu dan maklumat yang didapatkan dari Bani Israil atau dari kitab-kitab mereka atau dari cerita dongengan dan batil yang mereka ada-adakan.

Sumber kisah Israiliyyat adalah dari : ‘Abdullah bin Salam, Ka’bu Al Ahbar, Wahb bin Munabbih ‘Abdu Al Malik bin ‘Abdu Al ‘Aziz bin Juraij.

Nasihat Imam Ibnu Kathir r.h. tentang periwayatan Israiliyyat :

Akan tetapi (perlu diingat), kisah-kisah Israiliyyat ini disebutkan (sekadar) untuk menjadi saksi, bukan untuk dipegang atau diyakini. Sesungguhnya, (kisah dan periwayatan dari Israiliyyat ini) terdapat tiga jenis, iaitu :

Pertamanya : Apa yang telah kita ketahui dari apa yang ada di sisi kita (Al Quran dan As Sunnah) dari apa yang disaksikan kebenarannya, maka itu adalah benar.

Keduanya : Apa yang telah kita ketahui pembohongannya yang menyelisihi dengan apa ada di sisi kita.

Ketiganya : Apa yang didiamkan tentangnya, tidak dari satu sisi dan tidak pula dari sisi yang lain. Kita tidak mengimaninya dan tidak pula kita mendustakannya.

Kebiasaannya, (dari kisah-kisah Israiliyyat) itu, tidak ada faedah (tiada manfaat) padanya jika diukur dari kaca mata agama (Islam).

Firman Allah Ta’ala :

9. Apakah belum datang kepada kamu khabar berita orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, Iaitu kaum Nabi Nuh, dan Aad juga Thamud serta orang-orang Yang kemudian daripada mereka ? tiada sesiapapun Yang mengetahui tentang kisah-kisah mereka melainkan Allah… (Ibrahim)

Wallahu a’lam.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...