Monday, November 20, 2017

3. Surah al imron

Assalaamu'alaikum .....                                                                                                                (SURAH A҄L-‘IMRAN / KELUARGA ‘IMRAN)
PENGENALAN SURAH A҄L-‘IMRAN:
Surah ini tersenarai dalam surah Madani. Diturunkan selepas surah al-Anfal. Bilangan ayatnya sebanyak 200 ayat dan dari sudut urutan ianya terletak selepas al-Baqoroh. Dalam surah ini Allah menyebutkan tentang kelebihan keluarga ‘Imran, kisah Nabi ‘Isa as, Nabi Yahya as, Maryam yang dara dan disebutkan juga cerita tentang ibunya. Allah swt menyebutkan tentang kekuasaanNya membuatkan Maryan al-Battul (Anak dara yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki) boleh melahirkan anak lelaki iaitu ‘Isa as.
KANDUNGAN SURAH AL-‘IMRAN:
Surah Al ‘Imran membicarakan dua topik yang penting yang berkaitan dengan ‘akidah dan perundangan islam:-
‘Akidah: Menyabitkan ayat-ayat berkenaan keesaan Allah swt (وحدانية الله), kenabian, kebenaran al-Quran, menjawab kekeliruan ahlulkitab tentang al-Quran dan Nabi Muhammad saw, menyatakan dengan terbuka bahawa agama yang diterima di sisi Allah adalah islam, munaqosyah puak Nasoro berkait isu ‘Isa dan ketuhannya dan pendustaan mereka tentang risalah islam. Munaqosyah ini menyentuh hampir separuh surah Al ‘Imran. Demikian juga, satu pertiga surah ini menyentuh isu Yahudi dan beberapa fakta tentang kekejian dan jenayah yang mereka lakukan dan pengejekan mereka terhadap bangsa lain dan yang akhir ialah peringatan kepada umat islam agar berwaspada dengan tipudaya ahlulkitab.
Syari’at: Ayat-ayat dalam surah Al ‘Imran memperjelaskan sebahagian hukum syara’ seperti kefadhuan haji, jihad, pengharaman riba, balasan kepada orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Selain daripada itu ia juga menyentuh pengajaran dan i’tibar dari dua peperangan iaitu Badr dna Uhud serta memuatkan juga kecaman terhadap sikap golongan munafiq.
Pengakhiran surah Al ‘Imran adalah menyelaraskan dua topik besar ini iaitu akidah dan syariat iaitu menuntut umat supaya berfikir dan bertadabbur tentang kejadian alam langit, bumi dan apa yang tersimpan dalamnya berupa khazanah dan segala keunikan penciptaan Allah swt. Sehubungan dengan itu Allah berpesan supaya bersabar dalam berjihad di jalan Allah kerana ianya merupakan kunci kepada kejayaan dalam mengurus kehidupan di alam maya ini. Allah berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Al ‘Imran:200)
NAMA SURAH A҄L-‘IMRAN:
Dinamakan dengan surah aal-‘Imran kerana terdapat lebih lapan puluh ayat dalam surah ini membicarakan tentang keluarga ‘Imran. Surah ini juga dikenali dengan nama Azzahra’ (الزهراء), al-Aman (الأمان), al-Kanz (الكنز), al-Mujadilah (المجادلة), al_Istighfar (الإستغفار) dan Thoibah (طيبة).
Jika tema surah al-Baqoroh menekankan kepada sistem hidup yang sempurna dan cemerlang maka tema surah Al ‘Imran menekankan kepada memperjuangkan prinsip hidup yang telah dilandas dan diatur oleh Allah dalam surah al-Baqoroh. Watak penting yang digambarkan sebagai insan berperibadi unggul yang teguh prinsipnya ialah keluarga ‘Imran dan juga bonda Nabi ‘Isa iaitu Maryam.
KEISTIMEWAAN SURAH A҄L-‘IMRAN:
Rasulullah saw telah bersabda:
عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ: سَمِعْتُ النَّوَّاسَ بْنَ سَمْعَانَ الْكِلَابِيَّ يَقُولُ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «يُؤْتَى بِالْقُرْآنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَهْلِهِ الَّذِينَ كَانُوا يَعْمَلُونَ بِهِ تَقْدُمُهُ سُورَةُ الْبَقَرَةِ وَآلِ عِمْرَانَ»
Maksudnya: Daripada Jubair bin Nufair, berkata: Saya telah mendengar Nabi saw bersabda: Dibawa al-Quran pada hari qiamat dan pembacanya yang beramal dengannya. Mula-mula yang tampil ialah surah al-Baqoroh dan diikuti surah Al ‘Imran. (Riwayat Muslim)
Rasulullah saw bersabda:
«اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَجِيءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ، اقْرَءُوا الْبَقَرَةَ وَآلَ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا الزَّهْرَاوَانِ، يَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ يُحَاجَّانِ عَنْ صَاحِبِهِمَا، اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ؛ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ» . قَالَ مُعَاوِيَةُ: الْبَطَلَةُ: السَّحَرَةُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Maksudnya: Bacalah al-Quran. Pada hari akhirat kelak al-Quran akan menjadi peguambela kepada pembacanya. Bacalah al-Baqoroh dan A҄l ‘Imran, kedua-duanya adalah cahaya yang berkilauan. Kedua surah ini akan datang pada hari qiamat bagaikan awan yang memayungi pembacanya atau sebagai payung yang memayunginya atau kedua surah itu datang dalam bentuk kawanan burung yang saling membuka sayapnya dan bersambung-sambung untuk memayungi pembacanya. Kedua surah ini akan mempertahankan pembacanya. Bacalah surah al-Baqoroh kerana sesiapa yang tekun istiqomah membacanya adalah keberkatan dan sesiapa yang tidak mempedulikanya adalah penyesalan.  Pembacanya akan terhindar dari sihir. (Riwayat Muslim)

shamsuddin abdul rahman: السلامُ عليكم ورحمةُ اللهِ PERHATIAN: Tugasan WAJIB untuk peserta talaqqi tafsir. TARIKH : 21.10.2017 Membaca teks Al-Quran dan terjemahan bermula surah Aal ‘Imran ayat : 1-9   BACALAH AL-QURAN

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...