Friday, December 15, 2017

Tafsir 6d-2

Dari WA ustaz zulfikar.

Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (6d-2)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله, والحمد لله  والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين

أما بعد :

4. Menghindarkan diri dari tafsiran-tafsiran dari kelompok-kelompok atau firqah-firqah yang sesat.

B. Golongan Anti Hadith : Fahaman anti Hadis ini sebenarnya mempunyai pegangan yang tidak mempercayai Hadis sebagai sumber rujukan Islam selepas al-Qur’an. Penghujahan golongan yang berfahaman ini bahawa al-Qur’an sebagai kitab yang lengkap dan sempurna telah menolak sumber-sumber lain sebagai sumber perundangan Islam.

Fahaman anti Hadis atau dikenali juga sebagai golongan Ingkarus Sunnah ini diasaskan oleh Goldziher, kelahiran Yahudi. Beliau merupakan salah satu agenda Zionis Antarabangsa yang mendapat biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar untuk mempelajari As Sunnah dengan tujuan merosakkan Islam dari dalam.

Di antara murid-murid Goldziher termashyur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah.

Dr Rasyad Khalifa dengan angkuh telah menyebut: "Hadis-hadis adalah ciptaan Iblis, mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis."

Fatwa Asy Syeikh Ibnu Baz r.h. tentang anti hadith :

"Gerakan Ingkar Sunnah yang digerakkan oleh Rasyad Khalifah adalah batil dan merbahaya, iaitu mengadakan kegiatan Mengingkari Sunnah dengan cara memutar belitkan tafsir al-Quran secara batil. Maka saya atas nama Pemerintah Arab Saudi menyeru agar seluruh muslimin agar berhati-hati terhadap gerakan yang dicetuskan oleh Rashad Khalifa dan jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut."

Dalil dan kefahaman Anti Hadith :

tidak ada kewajipan Yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; (Al Maaidah : 99)

tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (Apa Yang diperintahkan kepadamu). (Asy Syura : 48)

Maksud sebenar dari ayat :

Ia menerangkan bahawa Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dipertanggung-jawabkan untuk memastikan setiap orang menerima risalah Islam, akan tetapi baginda perlu menyampaikannya, kerana hidayah adalah milik mutlak Allah Ta’ala.

Wallahu a’lam.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...