Dari WA ustaz zulfikar.
Manhaj/Kaedah Penafsiran Al Quran (6d)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله, والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله نبينا محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين
أما بعد :
4. Menghindarkan diri dari tafsiran-tafsiran dari kelompok-kelompok atau firqah-firqah yang sesat.
A. Golongan Syiah Rafidhah : Mereka adalah kelompok manusia yang melampau dalam mengutamakan Saidina ‘Ali r.a. dari para sahabat Nabi r.a. ajma’in sehingga mengkafirkan mereka, terutamanya Abu Bakr, ‘Umar bin Al Khattab dan ‘Aisyah r.a. ajma’in.
Contoh penafsiran Syiah Rafidhah :
a. Tafsiran Surah Al Masad : ayat 1.
1. binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama!
Mereka (golongan Syiah Rafidhah) menafsirkan bahawa maksudnya adalah tangan Abu Bakr dan ‘Umar bin Al Khattab r.a.
b. Tafsiran surah Al Baqarah ; ayat 67.
67. …"Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". …
Mereka (golongan Syiah Rafidhah) ini menafsirkan maksud “lembu betina” pada ayat tersebut sebagai ‘Aisyah Ummu Al Mukminin, r.a.
c. Tafsiran surah Al Furqan ;
53. dan Dia lah Tuhan Yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, Yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan Yang satu lagi masin lagi pahit; serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan Yang menyekat percampuran keduanya.
Mereka menafsirkan ayat ; telah mengalirkan dua laut berdampingan : Dengan maksud : Ali dan Fatimah
Wallahu a’lam.