Allahyarham Hj Darus Ariffin.
Anak chiaq Pin yang ketiga adalah bapak aku. Kasihan dia yang kena buat segala kerja sawah bila dua saudara lelaki sudah tiada di kampong.Kemudian emaknya pulak meninggal masa dia masih bujang. Macamanalah hidup dan membesar tanpa mak. Sedih sungguh aku masa menulis tentang dia sekarang ini. Seolah-olah berulang kisah chiaq aku padanya. Kesusahan berkerja dengan bapak sendiri hanya Allah yang tahu. Hidup sekadar boleh makan dan pakai. Masa hendak kahwin pun susah. Dia tak berjaya di sekolah akibat kena selalu kerja untuk bantu chiaq di sawah dan sara semua orang. Bendang pulak bukan sendiri punya.
Bila chiaq meninggal, dia hanya ada tapak rumah yang di kongsi atas geran dengan dua saudara yang lain. Bendang pulak dapat yang tanah tol. Alhamdullilah selepas mak aku usahakan, dapatlah geran kekal. Sekarang dah di pindah kepada adik lelaki aku. Walaupun itu pusaka, harap anak cucu dia ingat peranan mak dan aku untuk dapatkan hak kekal tanah sawah itu.
Aku rasa kerja terok di sawah bendang pada masa muda telah menyebabkan dia sakit terok di kemudian hari. Mengikut mak, selepas saja aku lahir sakitnya bermula dan sentiasa sakit dan ambil ubat sepanjang hayat dia. Ubat-ubat itulah aku rasa yang merosakkan hatinya di akhir hayat dia.
Setelah aku masuk asrama, dia mula membuat kerja lain untuk menambahkan pendapatan. Selain mengerjakan sawah bendang, dia pernah menjaga kedai runcit di kampung. Setelah itu dia berniaga sayur-sayuran bermula di nat Balai Baru dan kemudiannya nat bukit Keteri. Sayur-syuran di ambil dari penanam sekitar kampung dan juga dari Padang Besar. Selain itu juga berniaga buah-buahan di pasar-pasar tertentu di kawasan tertentu di perlis dan juga langkawi.
Dia menghembuskan nafas yang terakhir pada 25 Desember 1997 meninggalkan mak dan adik aku yang baru darjah enam.
Dia menghembuskan nafas yang terakhir pada 25 Desember 1997 meninggalkan mak dan adik aku yang baru darjah enam.