122. Saya hendak bukti.
Salah Satu perkara yang sangat sukar adalah membuktikan Kita pernah membuat project besar Dan sukar. Pengkritik tegar pulak adalah orang yang paling dekat dengan Kita Dan dia bukan orang construction. Cikgu Bahasa pulak tu.
Di rumah pula Kita Tak pernah tunjukkan apa2 skill construction hatta perkara kecil seperti tukar paip. Walaupun Masa extension rumah Dan dapur dulu, aku adalah planner Dan negotiator utama dengan wak indon. Dek kerana outstation, aku Tak dapat menguruskan apa2.
Akhirnya kerana banyak sangat cabaran, aku memulakan membuat draft lakaran homestay Bukit kor untuk tuan tanah. Setelah di Komen oleh tuan homestay, aku terpaksa Cari geng kelab lukisan dulu yang sekarang sudah jadi profesional architect, ar A Rizal Rahim untuk check Dan Komen.
Kemudiannya kami mencari seorang drafter freelance di Marang untuk membuat lakaran Dan submission. Seterusnya setelah designer structure siap, submission kepada majlis daerah pun dibuat. Sementara menunggu approval berkalan air masuk untuk mudah membuat kerja nanti.
Cabaran seterusnya adalah mencari sub untuk pembinaan. Untuk kurangkan cost, pembinaan secara sub labour Dan beli sendiri barang2 dipilih. Mencari barang2 Tak susah, lock saja Satu hardware. Mancari tukang yang ok adalah cabaran besar. Akhirnya dapatlah Pok dari kampung sebelah. Siapa nak menguruskan? Dapat kawan ummi yang juga seorang pembuat pelbagai tingkap. Dia munguruskan hingga siap.
Cabaran yang paling getir bila tembok yang dibuat dengan ' kok ' tumbang. Diganti pula dengan gabion.
Akhirnya semuanya siap setelah sembilan bulan.
Cabaran dari pengkritik tegar pun berakhir dengan siapnya rumah plus homestay Ni.
29.7.2019
Ampang.