Wednesday, August 28, 2019

New journey my daughter

Hari ini 29.8.2019 aku Dan ummi ke UIA Gombak untuk hantar registration dotter ke tiga.
Perjalanannya ke menara gading ini penuh dengan tribulasi.
Dia Mula bersekolah di madrasah Hafiz Masa aku berada di India. Kemudiannya bila masalah transport, dia kami pindah ke sekolah hira'. Keadaan jadi sukar bila peperiksaan darjah enam kurang memberangsangkan.
Kemudiannya ke sekolah jalan kebun sebab hendak dia masuk ke kelas KAA. SPM jugak kurang memberangsangkan.
Aku mengambik keputusan supaya dia ke tingkatan enam di sekolah SBP maknya. Alhamdulliah dapat masuk Dan tiba2 semasa di tingkatan enam atas di melonjak dasyat Dan terus mendapat keputusan STPM yang sangat baik.

Hari ini 29.8.2019 dia mendaftar di University idaman di Gombak yang juga adalah Alma mater ummi.

Gud luck my dotter and your new journey now begins. My doa are always with you.

P/S :
Bapak dulu Masa sekolah Jenan, English set 5 yg last. Pastu Masa di UKM, failed English yang akibatkan kena extend Satu semester.
Tiba2 anak ambik English literature. Terkojuz den.

Tuesday, August 27, 2019

Sudah tiga tahun

129. Sudah tiga tahun.
Aku sudah berada di project Ampang Ni sudah tiga tahun Dan ia semakin pantas akan menjadi project paling lama dalam karier aku.
Dari original tiga puluh bulan, kini menjadi tiga puluh enam Dan kemungkinan siap di bulan ke empat puluh Dua. Tersasar hampir sekali ganda dari target asal aku Dua puluh enam bulan.  Ianya menidakan teori2 management yang pernah aku lalui sebelum ini.
Banyak halangan Dan kelantan yang aku tempuh dalam menarik kapal ini. Walaupun Tak sebesar project lain tapi halangan luaran Dan dalaman yang Ada telah membantutkan pelayaran project ini.
Kuda ranjer aku jugak telah berlari lebih dari seratus Dua puluh kilometers dari Klang - Ampang Dan juga Rawang.
Munkin dah lumrah, yang terakhir itu paling mencabar.
Let's kayuh and kayuh.
28.8.2019
Taman putra, Ampang

Monday, August 26, 2019

Majority vs minority

Dari ustaz hj cikgu Rahim FB.

Dalam sejarah dunia, kaum minoriti yang kuat dapat menguasai kaum majoriti. Yang paling ketara ialah kaum minoriti Mongol yang menguasai kawasan yang sangat luas; lebih luas daripada Afrika.

Orang Islam minoriti pernah memerintah Sepanyol lebih 700 tahun. Orang Islam minoriti juga memerintah benua India (India, Pakistan, Afghanistan, Bangladesh) selama 200 tahun.

Allah memerintah orang beriman membina kekuatan semampu mungkin. Kekuatan iman, ilmu, akhlak mendahului kekuatan yang lain. Apalah maknanya jumlah yang ramai jika majoritinya penagih dadah?

Sunday, August 25, 2019

perangkap emosi

POLITIKUS KEYBOARD MAYA.

Perangkap emosi dan imiginasi.

Isu yang hangat di alam maya sebenarnya di mulakan di alam realiti. 
Yang menjadi persoalan siapakah di belakang isu yang hendak di letupkan. Siapa pula yang memilih isu-isunya? 
Kalau ikut ahli sejarah, revolusi perancis dulu permulaannya juga di gerakkan oleh kuasa-kuasa di belakang tabir.  
Pada aku ini adalah kegiatan yang ada perancang dan pemandunya. Perancang dan pemandu adalah orang yang berbeza dan kadang-kadang orang atau team yang sama. Tugas mereka adalah memasang perangkap dan membiarkan saja siapa yang terkena. Menangkap emosi sasaran adalah sangat penting.
Dalam masa yang sama ada tukang yang menangguk di ayer yang keruh. Mereka bertindak di atas motivasi dan kepentingan sendiri. Ada yang terlebih emosi dan terperangkap dalam kemelut dan merasakan ianya adalah sangat penting dan harus di ambil tindakan segera. 

Isu yang kecil tiba-tiba meletop jadi karakatao. Contohnya belajar khat yang pada aku macam belajar melukis di kelas-kelas lukisan. Tapi ia telah menjadi salah faham sehingga dikatakan menidakkan agama islam dan menjadi proses pengislamisasi.  Kemudiannya akan menjadi isu boikot barang yang ada chop halal jawi yang di buat oleh bukan muslim.

Case study

128. Project case study.

Dalam sejarah Aku buat project hanya sekali saja buat details case study apa yg Jadi bila project siap iaitu Gebeng by pass. Project lain hanya simple brief report saja. Itupun semuanya dah hilang Dan tiada dalam simpan lagi. Berapa teruknya sistem file Aku. Yang Ada hanya buku diari catatan sendiri.

Tapi untuk project Kali ni ( munkin yang last... hahaha ), Aku akan mulakan awal. Draft cover Dan senarai content pun dah Ada. 

Sebagai peninggalan sejarah, buku ini terpaksa aku tulis dalam Bahasa inggeris.
Banyak yang nak di rekod. Munkin sebahagian di terjemah dan di masukkan dalam page Anekdot SM.
Harap2 sempat siap sebelum raya cina tahun depan.

24.8.2019
Andalas

Saturday, August 24, 2019

politikus keyboard

POLITIKUS KEYBOARD MAYA.

Beberapa hari lepas ada kawan lama minta pendapat dan tulis sesuatu pasal hal politik yang sangat hangat di Malaya sekarang.

Aku namakan situasi ini sebagai politikus keyboard. Kehangatan hanya berlegar di dalam media sosial FB atau WA atau lain-lain. Perbincangan dan kata-kata dalam alam maya itu macam sangat real seolah-olah berlaku ketegangan di dunia luar. Agen-agent provokasi pun galak membubuh nasi tambah dan segala gulai untuk makanan menjadi sedap. Cerita-cerita di alam maya menambahkan persepsi grup itu dan ini bermasalah dan tunggu masa untuk meletup.

Keadaan ini untuk mudah faham boleh di samakan dengan sembang di kedai kopi zaman dulu-dulu di kampung. Memang boleh pecah kedai kalau dengan geng kedai kopi bersembang.  Akhir sekali tida sebarang keputusan yang dapat diorang buat. Keadaan di luar masih sama.

Jadi janganlah terperangkap dengan persepsi-persepsi ciptaan keyboard maya itu.

Tuesday, August 20, 2019

Chiaq pin

Semalam dapat WA gambar2 lama masa kenduri arwah pak cik halim dari adik aku.
nostalgia sungguh bila menatap gambar-gambar lama sebahagian orang-orang kampung Paya aku. Kebanyakkan aku kenal tapi sekarang aku dah bermastautin di tempat lain yang jauh dari kampung. kalau jumpa sebahagian depa. tentu dah tak kenal lagi.

lagi sayu bila tengok gambar atok atau chiaq Pin aku yang dah sakit masa tu. 

tenkiu adik Wan yang mengembalikan nostalgia lama.






Sunday, August 18, 2019

anniversary ke 24

Hari ini 18.8.2019 adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan ummi yang ke 24.
Setelah balik melawat isteri member jenan84, Azmil aka Met Monggol di Subang bestari, kami meraikan dengan makan-makan di Laman Grill chef Zub di shah alam. Alhamdullilah tahun ini aku sihat walaupun ada sikit hal batu dan bengkak kaki.
Teringat tahun lepas kami celebrate di chinese restaurant shah alam dan hujung bulan tu aku kena heart attack.
Terimakasih ummi 




Tuesday, August 13, 2019

macam keretapi

Bos lama aku  dulu bagitau managing projek ni macam kita duduk di atas running train.
Keretapi akan terus berjalan bila engine dihidupkan dan berhenti hanya bila sampai destinasi. Ada juga berhenti mengambil penumpang lain. 
Kita mesti plan dan execute masa train sedang berjalan. Lambat pikir, kita ketinggalan sebab masa tak menunggu kita.
Ini adalah tambahan dari aku sendiri :-

1. Samada keretapi tu sampai stesen dengan selamat, kira projek siap on time la tu atau
2. Crash masa dalam perjalanan, kira kena terminate atau shareholder decide lari malam atau
3. Terkemut2 jalan slow2 di atas landasan. Kadang berjalan, kekadang stop tunggu.
Lama2 crew2 dan penumpang lompat turun dan abandon the train.
Kat mana kita sekarang ni....?

Tuesday, August 6, 2019

safety at site

125. Safety at site.
Semalam viral seorang Resident engineer jatuh Dan mati Masa buat inspection.
Di project yang dikatakan safety procedure sangat ketat pun terjadi kemalangan macam ni.
Safety zaman sekarang sudah jadi nombor Satu. Semua site Ada full time safety officer atau supervisor. Pemantaun berkala Jkkp pun Ada. Semalam saja site aku didatangi puak2 Ni Dan Satu notis kami dah dapat.
Tiga puluh tahun dulu safety ni di anggap buang duit Dan menggangu progress project. Tokey Tak mahu spend langsung sebab return zero walaupun nyawa staff Dan pekerja yang jadi taruhan. Masa tender pulak barang2 safety langsung Tak bubuh price. Bila dapat project, senang saja kata budget Tak Ada.
Teringat aku Masa kami buat Cooling Tower untuk Klcc. Bila dah tingkat tiga, bos masih Tak mahu spend langsung untuk proper access Dan wire rope. Semua melompat, bergayut Dan meniti atas cross beam bangunan macam monyet.
Satu Hari bos besar Klcc, mat salleh dah bengang Dan panggil tokey Ireka, Mr LSW datang site. Senang saja dia ajar . Bila sampai tingkat tiga, dia cakap, you walk first. Tokey aku geleng kepala. Terus dia cakap, if you don't want, better fix this safety properly.
Lepas tu semua ok. Selesai masalah kami.
7.9.2019
Rawang Perdana

professional engineer

124. Professional engineer.
Penulis Ni kata kalau nak jadi PE / Ir jangan malas. Sedap dia kata.
Ramai orang Tanya aku kenapa Tak buat PE?
Aku pun tadak jawapan yang konkrit kecuali bila Kita dah seumur hidup kerja dengan kontraktor, macam keperluan untuk buat PE Tak Ada. Kecuali untuk besar2kan status Kita Dan tunjuk power dekat consultant Dan depa boleh banyak cakap sangat. Title IR atau Dr ni boleh mengkesimakan orang2 yang Kita jumpa. Boh datuk Kat depan nama lagi buat Kita terangkat.
Sebenarnya Masa mula kerja Ada juga cita2 nak buat PE bila start daftar dengan Board of Engineers Dan institute of Engineers Malaysia. Tapi lama2 hilang stim bila dah jadi project manager. Lagi2 bila Bab calculations yang Satu pun dah Tak Ingat langsung sekarang Ni.
Kemudiannya pernah dapat Satu sample Dan suruh enginiar buat calculations. Pun Tak jadi. Munkin kena upah sapa2 atau Cari route lain yang senang bila dah five series ni. Ada ke?
Aku juga pernah apply untuk jadi consultant Kat site, RE atau ARE. Tapi kena reject juga sebab terlebih qualified.
Last sekali retire ja la.
2.8.2019
Ampang

teknologi jalan

123. Teknologi jalan.

Sungguh tercabar dapat WA ni dari seorang kawan construction.

Membandingkan teknologi jalan Roman dengan masakini adalah sangat Tak Adil sebab jalan Roman untuk kuda Dan roda saja.
Teknologi jalan sekarang berasaskan asphalt adalah untuk semua Jeni's kenderaan beroda injin kecil Dan besar. Roadbased di bawah premix asphalt pula berdasarkan kepada kategori jalan, samada jalan kampung, jalan bandaran, jalan negeri atau highway.
Untuk maintenance, susah nak cakap sebab budget fulus yang menentukan. Hanya kategori highway nampak Ada maintenance yang konsistance.
Lain2 setengah ok, setengah kaput. Situasi gambar potholes di dalam gambar hanya kes terpencil saja.
31.7.2019
Tasik permai

saya hendak bukti

122. Saya hendak bukti.
Salah Satu perkara yang sangat sukar adalah membuktikan Kita pernah membuat project besar Dan sukar. Pengkritik tegar pulak adalah orang yang paling dekat dengan Kita Dan dia bukan orang construction. Cikgu Bahasa pulak tu.
Di rumah pula Kita Tak pernah tunjukkan apa2 skill construction hatta perkara kecil seperti tukar paip. Walaupun Masa extension rumah Dan dapur dulu, aku adalah planner Dan negotiator utama dengan wak indon. Dek kerana outstation, aku Tak dapat menguruskan apa2.
Akhirnya kerana banyak sangat cabaran, aku memulakan membuat draft lakaran homestay Bukit kor untuk tuan tanah. Setelah di Komen oleh tuan homestay, aku terpaksa Cari geng kelab lukisan dulu yang sekarang sudah jadi profesional architect, ar A Rizal Rahim untuk check Dan Komen.
Kemudiannya kami mencari seorang drafter freelance di Marang untuk membuat lakaran Dan submission. Seterusnya setelah designer structure siap, submission kepada majlis daerah pun dibuat. Sementara menunggu approval berkalan air masuk untuk mudah membuat kerja nanti.
Cabaran seterusnya adalah mencari sub untuk pembinaan. Untuk kurangkan cost, pembinaan secara sub labour Dan beli sendiri barang2 dipilih. Mencari barang2 Tak susah, lock saja Satu hardware. Mancari tukang yang ok adalah cabaran besar. Akhirnya dapatlah Pok dari kampung sebelah. Siapa nak menguruskan? Dapat kawan ummi yang juga seorang pembuat pelbagai tingkap. Dia munguruskan hingga siap.
Cabaran yang paling getir bila tembok yang dibuat dengan ' kok ' tumbang. Diganti pula dengan gabion.
Akhirnya semuanya siap setelah sembilan bulan.
Cabaran dari pengkritik tegar pun berakhir dengan siapnya rumah plus homestay Ni.
29.7.2019
Ampang.

nasib seorang enginiar

121. Nasib seorang Enginiar.
Kerja teruk macamana pun enginiar masih no 3 di bawah doctor Dan loyar. Persepsi Ni Tak akan berubah sampai bila2. Doktor tolong orang sakit. Loyar tolong defense orang di mahkamah. Enginiar? Buat benda2 Tak bernyawa walaupun orang guna sepanjang Masa.
Lagi sakit jiwa, bila nak pilih ketua atau COO atau CEO syarikat, loyer atau akauntan yang jadi pilihan. Melepas lagi.
Aku dulu Ada peluang jadi COO, sebab tokey aku tu enginiar jugak.
Tapi dia terlebih percaya akauntan Dan HR pulak.
Itulah nasib seorang enginiar.
27.7.2019
Sri Andalas

memahami generasi Y dan Z

120. Memahami generasi Y Dan Z.
Rupanya memahami peel generasi Baru yang orang panggil Y Dan Z juga penting dalam menguruskan project di zaman millennium Ni.
Aku hidup Dan Mula bekerja di zaman yang tiada tv, komputer, gadjet, email, social media Dan lain2.
Masa Mula kerja pada tahun 1992 semuanya masih manual. Apa2 tulis di buku atau kertas.
Budaya kerja mengikut generasi dahulu yang keras, fizikal oriented walaupun berijazah. Mereka Tak peduli Dan akan belasah saja kalau slow atau tangguh2kan kerja. Kadang2 didenda Dan dibuang saja. Lagi2 tiada akta melindungi pekerja Dan media yang tolong hebohkan. Rasis kaum juga Ada tapi semuanya kayuh juga Demi kerja Dan kelangsungan hidup. Kaum dulu tidak ejast apa2 Dan kami ikut saja.
Setelah aku tinggalkan site Dan berada di level management selama hampir sepuluh tahun, aku tidak melihat perubahan generasi secara direct sehinggalah aku pergi site rescue Satu project. Masa ini Baru nampak perubahan generasi yang Mana mereka menguruskan project dengan Cara yang Tak sama lagi.
Beberapa contoh, memahami drawings kemudiannya membuat shop drawings untuk semua trade Dan taking off quantity tidak menjadi priority lagi. Akhirnya banyak jadi adhoc Dan penyelesaian last minute.
Banyak lagi contoh Dan aku masih belajar memahami nya.
24.7.2019
Rawang Perdana

Formula 50 persen

119. Formula 50 persen.
Formula Ni aku dapat dari Maharaja yang cepat mencantas atau terminate orang atau subcontractor yang dia rasa Tak ok . Itu jugak KPI untuk head of company dia. Sapa slow buang orang, dia kata sumbu panjang sangat.
Nasib baik aku kemudiannya tak mengamalkan sepenuhnya formula tu.
Satu Hari aku Tanya dia, kenapa datuk cepat sangat nak terminate sub ni? Lagipun dia bukan lah delay terok sangat Dan Tak gerenti yang Kita ganti akan perform macam yang Kita nak. Dia kata, betul tapi aku tengok mamat Ni macam dah Tak larat Dan Tak boleh pergi lagi. Baik Kita buang saja.
Lagi Satu kalau Kita buang dia Kita masih Ada lagi 50 persen chances untuk berjaya. Kalau Tak buat apa2 confirm failed terus. Jadi, kau buang ja dia.
Dia memang consistent dengan formula Ni Dan Ada yang success Dan banyak yang failed. Tapi sekurang2kurangnya dia buat decision orang Tak boleh kata dia Tak buat apa2.
Cuma sekali saja aku dapat stop dia dari guna formula tu di GK. Ini kerana trade work terminal minyak sangat asing untuk kami. Kami hanya reduce scope of work subcontractor tu saja.
20.7.2019

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...