Friday, February 26, 2010

sedikit cerita rasul pilihan semasa kecil.......

tadi semasa sebelum solat jumaat di mesjid ar rahimiah lipat kajang ada tazkirah menarik pasal nabi s.a.w oleh penceramah yang asalnya seorang doktor perubatan.

ada sebahagian dari cerita itu aku belum pernah dengar sebelum ini.
tapi yang sangat berkesan kat aku bila dia kaitkan dengan puak-puak kristian.

yang tak pernah aku dengar cerita secara detail bila datuk nabi bawa dia untuk berniaga ke syam di mana di sempadan mereka berjumpa dengan paderi-paderi yang mengesahkan muhammad adalah nabi akhir zaman.

diceritakan bahawa setelah kabilah itu di minta berhenti, mereka bertanya kepada datuk nabi adakah membawa anak kecil. bila abdul mutalib kata ya, mereka minta untuk berjumpa tapi masa itu nabi sudah keluar dan pergi berjalan-jalan di kawasan sekitar sehingga terasa hendak duduk di bawah sepohon pokok yang sangat tinggi. semasa dia hendak duduk daun pokok itu jatuh dan bila dekat kepala nbi s.a.w telah menyambar daun itu dengan tangan sambil diperhatikan oleh puak-puak paderi yang ramai datang termasuk ketua mereka.

ketua paderi tu minta dengan datuk nabi untuk bertanya tiga soalan sahaja.
yang pertama, betulkah bapa nabi meninggal sebelum dia dilahirkan?
yang kedua, adakah ibunya telah meninggal dunia?
soalan ketiga, adakah ada mohor kenabian ?

yang ketiga ni, abdul mutalib pun tak tahu tapi bila ketua paderi bertanya nabi, ianya ada dan dia minta untuk melihatnya. dah kemudian disahkan oleh ketua paderi itu.tanda itu berbentuk bulat dan ada bulu halus dikelilingnya.

yang menjadi soalan adalah bagaimana puak-puak paderi itu tahu dengan begitu detail peristiwa-peristiwa di atas?

ianya adalah kerana dalam injil yang asal telah diterangkan detailnya begitu sehinggakan ada yang datuk nabi sendiri tidak tahu akan tanda-tanda yang ada.

selain itu penceramah itu juga ada menceritakan sedikit tentang turunnya nabi isa di mesjid nabi di madinah dan bersama-sama solat dengan imam mahdi. kemudiannya di seru dan dihancurkan semua salib-salib yang ada di dunia. puak-puak kristian menjadi islam dan sama-sama berlawan dengan puak yahudi laknatullah. peperangan antara baik dan jahat yang ramai memanggilnya sebagai ammegadom.

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...