dalam secara tidak disedari dah hampir sangat setahun aku memulakan perjalanan selama enam bulan ke bumi bosnia herzegovina.
dalam masa ini aku telah dipanggil oleh pihak atasan untuk satu tugasan yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. tapi kalau tengok dari cara aku dipanggil untuk kali ini sahlah memang disana ada masalah yang sangat besar. memang tak ada orang yang cerita apa yang berlaku tapi dari tingkah laku memang ada perkara besar yang menggangu projek disana.
kalau dulu aku selalu pusing sana sini sebelum bagi keputusan tapi kali ini dalam hati pada masa itu juga aku setuju tetapi dengan beberapa syarat.
aku pun tak pasti kenapa kali ini begitu. munkin pengalaman india dulu? atau memang aku dah tak nak lagi menongkah arus apa yang tuhan tentukan kali ini.
sebenarnya beberapa hari sebelum itu, aku dah dua orang lagi telah bercerita tentang hal menolong memadamkan 'api' yang mana kami dah tak sanggup lagi. tetapi selepas itu entah dari mana, nama aku naik lagi. yang dapat aku katakan ialah begitulah kehendak tuan agama. munkin ada hikmah kata orang walaupun kesukaran disana dan keluarga disini sudah terbayang.
setelah persetujuan dicapai, walaupun tak sepenuhnya ( biasala kerja dengan orang ), akhirnya tiket ke bosnia telah ditentukan pada 18 februari 2009 melalui bangkok dan vianna sebelum ke sarajevo.
catatan perjalanan seterusnya kemudian nanti.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Saturday, February 13, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment