mulanya masa tengok berita meloya tv3 aku malaih nak komen apa-apa pasal katak-katak kat penang semalam tapi bila tengok guan eng ada bagi komen, macam ada dan banyak betul lak. tapi tarak satu paper pun yg siarkan.
yang aku nak tambah pasal kesultanan melaka tu ialah masa diaorang gemilang seantero dunia tu raja-raja yang memerintah pakai konsep apa? demokrasi ka apa?
sapa pun tak berani sebut yang dia orang guna undang-undang islam.
lepas tu bila diaorang hancur kenapa pulak? sebab dah tinggal undang-undang islam
balik crita sikatak - terer gak katak ni bole dapat permit demo..........
pastu ramai tukang ikut. dapat nasik free ker?
pastu merepek sakan dia kat tv semalam.
masa 'sebelum' ni ramai tibai duit gomen, tanah....senyap ja.......POOODAAAHHHH!!!!!!
Guan Eng 'sembunyi' di pejabat
Dari utusan meloya
Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my
IBRAHIM Ali turut memberi ucapan membantah kerajaan pimpinan Lim Guan Eng yang sering menindas kaum Melayu Pulau Pinang semasa mengadakan perhimpunan aman di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 5 Feb. - Hasrat ribuan peserta Perhimpunan Sedaq untuk bertemu Lim Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Ketua Menteri itu terus 'bersembunyi' di dalam pejabatnya dan enggan melayan permintaan mereka.
Guan Eng sebaliknya hanya menghantar pembantu khas beliau, Ong Beng Guat untuk bertemu serta menerima memorandum berkenaan.
Disebabkan kecewa dengan sikap Guan Eng, para peserta perhimpunan membakar memorandum tersebut dan patung Guan Eng di luar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), iaitu bangunan yang menempatkan pejabat Ketua Menteri.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang turut serta dalam perhimpunan itu berkata, beliau kecewa dengan tindakan Guan Eng tersebut.
"Kami amat dukacita kerana Guan Eng enggan dan tidak berani untuk bertemu kami.
"Kami mahu menyampaikan memorandum yang menyatakan suara orang Melayu yang sering ditindas dan dizalimi oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP," katanya kepada pemberita di lobi Komtar di sini hari ini.
Sebelum itu, lebih 3,000 peserta Perhimpunan Sedaq anjuran 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam berkumpul berdekatan Masjid Simpang Enam, tidak jauh dari Komtar bermula 12 tengah hari.
Beberapa pemimpin NGO antaranya Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Abd. Karim dan pemilik-pemilik gerai yang dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan menyampaikan ucapan yang rata-rata melahirkan kemarahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
Mereka kemudiannya menunaikan solat Jumaat dan solat hajat di masjid berkenaan sebelum berarak ke Komtar bagi menyampaikan memorandum kepada Guan Eng.
Selain memakai lilit kepala serta baju merah, mereka turut membawa sepanduk yang antaranya tertera 'Hancur Guan Eng', 'Hidup Islam', 'Hidup Melayu', 'Lim Guan Eng Diktator' dan 'Lim Guan Eng Rasis'.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Saturday, February 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment