minggu ni sempat juga aku ikut kawan-kwan lama jenan, noq, ku ai, daus, jatt dan affandi ke majlis menyambut jenan di pilih sebagai sekolah berprestasi tinggi.
bermula dari tunggu diaorang di stesen komuter bandar tasik selatan, kami empat orang ke jalan aman untuk ambil mat daus dan jatt sambil tukar kereta untuk ke utara.
sampai di ipoh kami ambil mood naim.
dalam perjalanan kereta pancit tayar selepas interchange kuala kangsar.terpaksalah kami ke taiping untuk cari tayar ganti. apa lagi kena pau la pulak dengan apek kedai taya. sempat juga pekena laksa taiping.
pukul tiga petang singgah di alor setar pekena lagi mee rebus mamak abu.
sampai di jenan, rupanya dah ramai orang. yang senor, junior yang dah lama tak jumpa pun ada. cikgu kami dulu pun ada juga.
dalam pada tu kami sempat cilok ke sebelah siam, danork untuk pekena daging bakar dan tom yam siam yang sangat sedap. orang malaya ramai sana sampai balik kena naik motor. lima ringgit sekali naik.
href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvjzKfPE5sESr2UQavEsI3VOBBLORNPFjYffMl7ExoEUDxC6MTRtn_JxS4ElgwpdEtl0glMiRa6SsK1VO-qP-NYiZvJEsXLAonGeaXpED28WyC3wnHcDPZaClCn8zcX3aEheKmWADfwX0/s1600-h/danork+1.jpg">
malam tu selepas ucapan sana sini apalagi makan-makan la pulak.
habis acara tu, pi nak tidor ke apartment saudara ku ai.situ bersembang sampai pagi.
pengsan la esuk nak balik pulak......
esuk pagi ahad plan nak balik awal kantoi dah tak larat pasai tidur lewat. lepas tu pegi sarapan kat belakang mesjid lama jitra. ada dua cikgu tajudin dan cikgu wahab kitaorang dulu ikut sama. apalagi lagi lama duduk situ.
tapi nasi dengan gulai ayam kampung situ memang best......
lepas tu pegi tengok kawan kitaorang yang terlantar sakit. dah nampak sikit baik dari dulu tapi dia masih tak boleh nak kenal kitaorang.
harap-harap dia akan sembuh walaupun peluang amat tipis sekali.
akhirnya dah petang baru bertolak balik.singgah taiping ambik balik tayar hari tu sambil pekena keotew doli. lepastu singgah ipoh lagi hantar mood balik.
akhirnya sampai aku kat andalas lepas pukul sembilan malam.......
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Monday, March 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment