sebenaqnya aku dah rasa macam lemah pulak nak sambung tulis pasal cerita kat bosnia tahun lepas.
tapi pagi tadi setelah orang sebelah sana yang pegi bosnia seminggu untuk bersama-sama aku kata itulah antara saat yang membahagiakannya setelah kami kawin, aku rasa banyak pulak cerita-cerita yang nak dingati dan ditulis........
aku sambung sikit lagi.....
kali ini aku pergi ke atas sebuah gunung dimana ada orang membela ikan air tawar ( trout ) dari sungai kecik yang keluar mata air.
cara dia membela ikan sungguh menarik dan tak pernah aku dengar sebelum ini di malaya. mereka membuat lengkokan pada aliran air sungai dan di bela ikan disitu.
di akhir lengkokan sebelum jumpa sungai asal, ada kincir kecil yang kan berputar sebelum air menemui sungai asal.
ikan-akan dibela dalam longkang-longkang dari konkrit berpetak-petak. saiz yang berbeza, berada di longkang yang berbeza. tempat induk untuk membiakan anak-anak ikan juga disediakan tempat khas.
kalau di malaya, jangan harap la orang nak bagi buat macam ni. macam-macam mamat ( gomen dan tak gomen ) yang datang kacau nanti...itulah bezanya...!!!!!
tapi aku nak cuba jugaklah nanti...tapi dimana ya...??????
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Saturday, February 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment