Monday, August 14, 2017

Cerita enginiar Gebeng

Ada orang tak puashati cerita boh2 lama semalam.
Jadi nak post saja cerita2 lama sini saja la.

Kali ni nak cerita pasal enginiar miji Yang Jaga bridge di Gebeng by pass.

Cerita ni Aku selalu guna untuk site engineer tertentu selepas tu hingga sekarang.

Satu hari Aku panggil dia nak bincang pasal kerja Dan planning untuk bridge di site.

Lama dok cerita Dari satu bridge ke satu bridge, Dan Aku sebok tulis semua Yang dibincang tiba 2 Perasan Yang dia tak tulih apa2 cuma dengar saja.
Aku kata woii.....tak tulis Ka? Mana buku nota?
Dia tak jawap tapi tunjukkan jari kat kepala maknanya dia Ingat semua.

Amboi hang, Aku kata. Dalam hati bengang giler. Ok lah. Stop sini dulu nanti sambung kemudian.

Sebulan kemudian, Aku panggil dia lagi.
Kali ni Aku tak tulis apa2  Dan recall balik Yang Kami discuss dulu.
Bila Tanya satu, banyak dia tak Ingat.
Apa lagi, Aku pun ceramah dia cukup 2.bla...bla....tu la saya kata kita kena tulis semua. Otak Kita mana boleh Ingat.
Dia diam saja.

Mulai Hari Itu bila jumpa nak bincang, dia sentiasa bawa buku nota.

Cerita ni selalu jadi motivasi untuk enginiar2 gen Y sekarang ni Yang lagi terok Dari Miji.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...