Friday, February 26, 2010

sedikit cerita rasul pilihan semasa kecil.......

tadi semasa sebelum solat jumaat di mesjid ar rahimiah lipat kajang ada tazkirah menarik pasal nabi s.a.w oleh penceramah yang asalnya seorang doktor perubatan.

ada sebahagian dari cerita itu aku belum pernah dengar sebelum ini.
tapi yang sangat berkesan kat aku bila dia kaitkan dengan puak-puak kristian.

yang tak pernah aku dengar cerita secara detail bila datuk nabi bawa dia untuk berniaga ke syam di mana di sempadan mereka berjumpa dengan paderi-paderi yang mengesahkan muhammad adalah nabi akhir zaman.

diceritakan bahawa setelah kabilah itu di minta berhenti, mereka bertanya kepada datuk nabi adakah membawa anak kecil. bila abdul mutalib kata ya, mereka minta untuk berjumpa tapi masa itu nabi sudah keluar dan pergi berjalan-jalan di kawasan sekitar sehingga terasa hendak duduk di bawah sepohon pokok yang sangat tinggi. semasa dia hendak duduk daun pokok itu jatuh dan bila dekat kepala nbi s.a.w telah menyambar daun itu dengan tangan sambil diperhatikan oleh puak-puak paderi yang ramai datang termasuk ketua mereka.

ketua paderi tu minta dengan datuk nabi untuk bertanya tiga soalan sahaja.
yang pertama, betulkah bapa nabi meninggal sebelum dia dilahirkan?
yang kedua, adakah ibunya telah meninggal dunia?
soalan ketiga, adakah ada mohor kenabian ?

yang ketiga ni, abdul mutalib pun tak tahu tapi bila ketua paderi bertanya nabi, ianya ada dan dia minta untuk melihatnya. dah kemudian disahkan oleh ketua paderi itu.tanda itu berbentuk bulat dan ada bulu halus dikelilingnya.

yang menjadi soalan adalah bagaimana puak-puak paderi itu tahu dengan begitu detail peristiwa-peristiwa di atas?

ianya adalah kerana dalam injil yang asal telah diterangkan detailnya begitu sehinggakan ada yang datuk nabi sendiri tidak tahu akan tanda-tanda yang ada.

selain itu penceramah itu juga ada menceritakan sedikit tentang turunnya nabi isa di mesjid nabi di madinah dan bersama-sama solat dengan imam mahdi. kemudiannya di seru dan dihancurkan semua salib-salib yang ada di dunia. puak-puak kristian menjadi islam dan sama-sama berlawan dengan puak yahudi laknatullah. peperangan antara baik dan jahat yang ramai memanggilnya sebagai ammegadom.

Thursday, February 25, 2010

lawak terbaru 1M......

ni lawak terbaru gomen 1M.........

kalu tak ready jangan buat...nanti stop buat malu je.....!!!!



ORANG LAIN NAK BUAT, KITA PUN GATAL NAK BUAT...!!!!!!!!!

ORANG LAIN BUAT BETUL-BETUL, KITA BUAT AUTAR JA...!!!!!

kalau setakad nak tunjuk baguih, toksahlah.......

apalah depa nie......



aku dah kata puak-puak ni tah macamana buat planning..........

otak sapa punya idea yang senget ni tah la..kejap macam tu,kejap macam ni.

benda macam ni pun haru, macamana la nak jaga malaya kita. buleh caya ker...???

entah apa depa dok planning nak klentong...

ORANG LAIN BUAT, KITA PUN NAK BUAT !!!!!!

ORANG LAIN PAHAM APA YANG DEPA BUAT, KITA ##2@@@^^%%&&&...!!!!!!!!

bungkus kes la kalau lama-lama macam ni

muhammad - the greatest man on universe

salam maulidur rasul.....

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5442323283318794882" />


nak promote buku ni sikit sempena kelahiran nabi kita muhammad s.a.w walaupun aku ada sedikit tak selesa dengan prof ismail tapi usaha-usaha beliau untuk menyebarkan dakwah islamiah di amerika patut di banggakan.
semuga tuhan merahmati beliau.


tapi bukan nak cerita apa yang ditulis dalam ni cuma dalam ni di ceritakan pasal ramainya tangan-tangan jahat puak yahudi laknatullah yang bertuhankan dajal yang menghalang dengan berbagai cara bila buku ni nak di terjemah dan dibawa masuk ke amerika.
walaupun dah lulus tapi disaat akhir, ada yang menekan jangan diterjemah dan dicetak di amerika.

tapi perancangan tuhan adalah lebih hebat dari puak-puak kafir.

Saturday, February 20, 2010

setahun sudah berlalu IV

sebenaqnya aku dah rasa macam lemah pulak nak sambung tulis pasal cerita kat bosnia tahun lepas.
tapi pagi tadi setelah orang sebelah sana yang pegi bosnia seminggu untuk bersama-sama aku kata itulah antara saat yang membahagiakannya setelah kami kawin, aku rasa banyak pulak cerita-cerita yang nak dingati dan ditulis........

aku sambung sikit lagi.....

kali ini aku pergi ke atas sebuah gunung dimana ada orang membela ikan air tawar ( trout ) dari sungai kecik yang keluar mata air.

cara dia membela ikan sungguh menarik dan tak pernah aku dengar sebelum ini di malaya. mereka membuat lengkokan pada aliran air sungai dan di bela ikan disitu.
di akhir lengkokan sebelum jumpa sungai asal, ada kincir kecil yang kan berputar sebelum air menemui sungai asal.

ikan-akan dibela dalam longkang-longkang dari konkrit berpetak-petak. saiz yang berbeza, berada di longkang yang berbeza. tempat induk untuk membiakan anak-anak ikan juga disediakan tempat khas.

kalau di malaya, jangan harap la orang nak bagi buat macam ni. macam-macam mamat ( gomen dan tak gomen ) yang datang kacau nanti...itulah bezanya...!!!!!

tapi aku nak cuba jugaklah nanti...tapi dimana ya...??????








petrol...oh...petrol

lagi dua bulan gomen plan nak cap sapa-sapa yang nak beli minyak.

sapa kereta cc besaq bayaq lebihla nanti...tapi macamana depa nak buat sapa pun tak past...( sebab depa pun tak pasti lagi..)...arrgggghhh haru....haruuuu......
nanti orang komplen kaw-kaw, kensel pulak.......

tengok bawah ni, ada yg tak setuju, ada yang setuju.......

tapi yang pasti AKU DAN HANGPA SEMUA RAMAI YANG KENA BAYAQ LEBIH NANTI........




Tak mengaku pulak......

tak mengaku pulak..........

MALAYSIAN INSIDER -
KUALA LUMPUR, Feb 20 — Datin Seri Rosmah Mansor last night dismissed the notion that she is a hidden hand behind her husband, Datuk Seri Najib Razak’s decision-making process as prime minister.

The prime minister’s wife has been a frequent target of government critics and the opposition who allege she has undue influence on the nearly year-old Najib Administration.

“I have not heard about it, but it is not something that I am sensitive of as it is not true. Maybe I am a bit vocal or gregarious... I like to have friends unlike Datuk Najib, who is a bit reserved.

“But it does not mean that since Datuk Najib is a reserved person, I am making the decisions... I am the type, who will voice out my dissatisfaction, but once said, it is done. I do not harbour feelings,” she said in an interview on Hello Malaysia over BernamaTV at Wisma Bernama here Friday night.

Thursday, February 18, 2010

setahun sudah berlalu III - igman mountain

tempat pertama yang aku pi masa sejuk-sejuk ni adalah Igman mountain dengan dua orang kawan.
brader bosnia jadi tukang bawak.

gunung ni adalah tempat orang main ski. olimpik musin sejuk zaman yugoslavia dulu buat kat sini. resort nak duduk pun ada.

panorama kat atas gunung ni memang menarik sekali. sayup=sayup nampak kampung (???? ) depa bawah sana......










depa-depa sini asyik-asyik minum kopi ja la....

setahun sudah berlalu II

pada saat ini setahun yang lalu aku dah lepas dari KLIA ke bangkok dan sekarang berada di atas kapal ke vianna, austria.

puak imegresen siam buat hal periksa aku lama-lama. entah apa yang tak puas hati. aku cakap siam baru tau.



pertama kali aku berada atas kapal lama-lama.sebelum ni ke delhi tak la sampai enam jam tapi kali ni mau berbelas jam.

rupanya dalam penerbangan ni ramai orang vietnam yang nak ke sebelah eropah sana. seorang mamat yang aku tanya, dia dah kerja di sana dan kali bawa anak bini pergi sana.

seorang melayu pun tak ada.terkial-kial la aku sorang tapi peduli apa......



sampai di vienna, cuaca sangat sejuk. nak keluar pun tak tau.lagipun aku dah terlepas tempat keluar.dah tak tau macamana nak pusing balik lagi. terpaksalah tunggu empat jam sebelum ke sarajevo.

tidur aja kat bangku dan nak makan pun tak lalu. sempat juga buka lap top. ada wifi situ.

cuaca kat luar makin sejuk.

keesokannya aku berlepas ke sarajevo dengan austrian air. sampai sana pagi dan bos aku tn hj bad dah menunggu.
suhu disitu masa tu -5 darjah. kali pertama sejuk gila-gila macam ni.

selepas tu aku terus ke pejabat dan kemudian ke rumah di peyton, ilidza yang aku akan tinggal selepas ini selama enam bulan. buat masa ni brader kamali masih ada dan belum balik lagi.

bermulalah episod baru di negara balkan bekas kesatuan yugoslavia, bosnia herzegovina yang banyak kenangan walaupun selama enam bulan saja........

Tuesday, February 16, 2010

rapat-rapatkan dan lurus-luruskan............

tinggai lagi cerita bosnia.........

dah beberapa minggu fikiran aku terganggu bila beratur untuk solat jemaah. baik di mana-mana mesjid atau surau.

pak imam selalu kata ' sila rapat-rapat dan luruskan saf' tapi semakin aku rapat, memba sebelah dok ketepi.
aku yang terlalu rapat sangat ka apa..????

bila aku dok adjust luruskan tumit belakang bagi lurus, ada yang luruskan kaki depan.
mana satu yang betoi ni...???? aku ka memba tu......

dulu aku dengaq bila rapat-rapat, antara bahu ke bahu mesti bersentuh.....??????
aku dengaq juga yang saidina omar pernah tarik pedang dia nak bagi saf lurus....?????

kalau saf jemaah solat kita tak rapat, tak lurus, bolehkah kita bersatu? bolehkah kita bersama-sama kuatkan agama?
bolehkah kita samakan orang sebelah kita seperti hak-hak seorang jiran kat rumah...???

walaupun jawapan dah hampir pasti tapi fikiran aku terus terganggu...terganggu.......

Monday, February 15, 2010

bakaugruv, morib 14 februari

aku tinggalkan kejap cerita nostalgia bosnia........

masa cuti cina raya ahad lepas aku berkesempatan ke pantai morib setelah pelan nak balik ke kampung paya tak jadi.

kami ke resort bakaugruv yang 40 km dari klang setelah mendapat tahu ada beberapa kawan jenan ke sana. disamping ianya sekarang diuruskan oleh senior jenan aku jugak.

kami sampai semasa geng-geng situ di dalam kolam mengepung ikan. ikan-ikan tu selamat ditangkap dan dimasak tengahari tu juga. sempat juga belasah ikan di kolam paya bakau.

kami juga berjalan-jalan di hutan bakau hingga ke pantai keesokan harinya. teruja sangat si kecik dengan suasana disitu yang mulanya mereka nampak tersangat bosan.....












kalau ada kesempatan lain kali boleh mai lagi......

Saturday, February 13, 2010

bosnia dalam kenangan - setahun sudah berlalu

dalam secara tidak disedari dah hampir sangat setahun aku memulakan perjalanan selama enam bulan ke bumi bosnia herzegovina.

dalam masa ini aku telah dipanggil oleh pihak atasan untuk satu tugasan yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. tapi kalau tengok dari cara aku dipanggil untuk kali ini sahlah memang disana ada masalah yang sangat besar. memang tak ada orang yang cerita apa yang berlaku tapi dari tingkah laku memang ada perkara besar yang menggangu projek disana.

kalau dulu aku selalu pusing sana sini sebelum bagi keputusan tapi kali ini dalam hati pada masa itu juga aku setuju tetapi dengan beberapa syarat.
aku pun tak pasti kenapa kali ini begitu. munkin pengalaman india dulu? atau memang aku dah tak nak lagi menongkah arus apa yang tuhan tentukan kali ini.

sebenarnya beberapa hari sebelum itu, aku dah dua orang lagi telah bercerita tentang hal menolong memadamkan 'api' yang mana kami dah tak sanggup lagi. tetapi selepas itu entah dari mana, nama aku naik lagi. yang dapat aku katakan ialah begitulah kehendak tuan agama. munkin ada hikmah kata orang walaupun kesukaran disana dan keluarga disini sudah terbayang.

setelah persetujuan dicapai, walaupun tak sepenuhnya ( biasala kerja dengan orang ), akhirnya tiket ke bosnia telah ditentukan pada 18 februari 2009 melalui bangkok dan vianna sebelum ke sarajevo.

catatan perjalanan seterusnya kemudian nanti.

Friday, February 12, 2010

blahlah kau........

BLAH...BLAH...BLAH.......

naik loya aku dengar sebab-sebab dia nak blah.

pegila kat 'tuan kau' yang dulu.........bole la dapat projek ka apa ka...........jilat la apa yang patut.......

orang macam ni patut tak payah pilih langsung.....kalau dah rasa tak tahan, baik jangan cuba nak campur awal-awal lagi.....


haru sungguh puak-puak keadelen ni....


ada dua tiga orang lagi tu bila nak blah.....????????


UTUSAN MELOYA, PETALING JAYA 12 Feb. –

Tidak mahu dilihat sebagai sebahagian daripada ‘gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam’, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini meletak kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti itu serta-merta berkuat kuasa hari ini..

sakit oh sakit.......

benarlah sakit kita datang dari tuhan yang maha esa.

malam kelmarin aku mengalami sakit kaki yang amat sangat. tak tau dah nak cerita macamana sakit tu.ngilu la apa la..semua ada.

hanya tuhan saja yang tau betapa sakinya.....

asik urik yang empat taun lepas dok kat boundry level datang kembali. setelah aku kontrol selepas tu, pada awal 2009 dah bebas.

ingatkan dah tarak, lagi pun dah macam-macam cara kontrol kena juga semalam. bila doktor tengok memang macam gout yang aku rasa ada campur sikit sakit urat.

test darah pun belum dapat lagi tapi bila tuhan nak ianya sembuh, tiba-tiba ianya hilang macam tak ada apa-apa yang berlaku semalam.

oohhhh tuhanku.................

Thursday, February 11, 2010

cerita pasir

kali ni ambik kartun zoy la pulak.......

walapun kartun tapi macam ni kot yang dok berlaku.......

apa rahsia....??????


Wednesday, February 10, 2010

sapa bohong...????

entah apa la mukadepan STAR ari ni.....

sapa bohong sebenaqnya...????

puak-puak loyar ka puak media talibarut ka sapa ka......



JAHANAM LA MALAYA KALU RAMAI CAMNI........

Monday, February 8, 2010

kalah teruk

banyak sangat orang cerita pasal ni. aku copy ja la dari hairan metro.........

tapi kalah teruk camni lagi baik untuk parti islam malaya buat koreksi apa dah jadi bila tiba-tiba menang dan orangnya jadi embee.

embee ok tapi macai-macai hancor lebor...elokla kalah.
ada menang pun dah jadi sasau gila harta dunia nak buat apa.
orang atas pagar dah lari kaw-kaw pi belah sana.........

untuk kawan baik aku kat ipoh nun, betulkanlah apa yang hang nampak seget bangat tu.........

Dr Zambry Menteri Besar Perak yang sah


2010/02/09 HAIRAN METRO

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd
Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR selepas berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin
Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin,

Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Penghakiman dibaca oleh Hakim Arifin.

Pertikaian mengenai siapa antara Zambry dan Mohammad Nizar adalah Menteri
Besar yang sah timbul tahun lalu selepas Barisan Nasional (BN) mempunyai majoriti dalam dewan apabila dua anggota daripada PKR dan seorang daripada DAP
meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN dan seorang lagi daripada PKR yang menyertai parti itu daripada Umno, bertindak kembali kepada Umno.

Sultan Azlan Shah kemudian menitahkan agar Mohammad Nizar meletak jawatan
sebagai Menteri Besar, dan pada Februari melantik Zambary sebagai Menteri Besar

selepas berpuas hati bahawa BN mempunyai majoriti dalam dewan.

Mohammad Nizar, 52, yang enggan meletak jawatan, mengambil tindakan
undang-undang pada 13 Februari dengan memohon agar mahkamah mengisytiharkan beliau adalah Menteri Besar yang sah, dan pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengembalikan jawatan itu kepada Mohammad Nizar kerana mendapati bahawa BN tidak mengadakan undi tidak percaya terhadap
Mohammad Nizar dalam Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun, ekoran rayuan Zambry, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan bahawa
pelantikan beliau sebagai Menteri Besar dibuat mengikut Perlembagaan.-Bernama

Saturday, February 6, 2010

dah semakin teruk

dah semakin teruk malaya ni.......

kenapa agaknya...?????

......makanan dah tak tentu halal,haram?
......sistem pelajaran yg dah tah apa-apa?
......politik yg haru-biru?
......???????????

ya rahman, ya rahim...selamatkanlah malaya kami.....

From THE STARONLINE

Five-month-old baby sodomised and killed, parents arrested

The police have arrested a man and his teenage wife in connection with the sodomy and murder of their infant son in Sungai Buloh.

The couple, aged 33 and 19, were picked up at a Muslim cemetery on Monday, following the funeral of the five-month-old victim.

They have been remanded until Feb 12 to facilitate investigations into the murder.

Initial police investigations have revealed that the infant was physically abused and sodomised before succumbing to his death.

Petaling Jaya police chief ACP Arjunaidi Mohamed said today that on Monday, the teenager lodged a report at the police beat base of the Sungai Buloh Hospital over the death of their only child.

He said that on Jan 31, the couple had sent the infant to the hospital, claiming he was unwell.

"According to the mother, the baby was still breathing when they arrived at the hospital but doctors who examined him declared the infant dead on arrival.

"Following a post-mortem, it was found that the infant had sustained bruises on the body and was sodomised," Arjunaidi told reporters when met at a Face-To-Face Community Policing and High Profile Policing event in Subang Perdana here. - Bernama

Published Feb 6 2010

lompat...lompat.....

mulanya masa tengok berita meloya tv3 aku malaih nak komen apa-apa pasal katak-katak kat penang semalam tapi bila tengok guan eng ada bagi komen, macam ada dan banyak betul lak. tapi tarak satu paper pun yg siarkan.

yang aku nak tambah pasal kesultanan melaka tu ialah masa diaorang gemilang seantero dunia tu raja-raja yang memerintah pakai konsep apa? demokrasi ka apa?
sapa pun tak berani sebut yang dia orang guna undang-undang islam.
lepas tu bila diaorang hancur kenapa pulak? sebab dah tinggal undang-undang islam

balik crita sikatak - terer gak katak ni bole dapat permit demo..........
pastu ramai tukang ikut. dapat nasik free ker?
pastu merepek sakan dia kat tv semalam.

masa 'sebelum' ni ramai tibai duit gomen, tanah....senyap ja.......POOODAAAHHHH!!!!!!



Guan Eng 'sembunyi' di pejabat
Dari utusan meloya
Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my


IBRAHIM Ali turut memberi ucapan membantah kerajaan pimpinan Lim Guan Eng yang sering menindas kaum Melayu Pulau Pinang semasa mengadakan perhimpunan aman di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 5 Feb. - Hasrat ribuan peserta Perhimpunan Sedaq untuk bertemu Lim Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Ketua Menteri itu terus 'bersembunyi' di dalam pejabatnya dan enggan melayan permintaan mereka.

Guan Eng sebaliknya hanya menghantar pembantu khas beliau, Ong Beng Guat untuk bertemu serta menerima memorandum berkenaan.

Disebabkan kecewa dengan sikap Guan Eng, para peserta perhimpunan membakar memorandum tersebut dan patung Guan Eng di luar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), iaitu bangunan yang menempatkan pejabat Ketua Menteri.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang turut serta dalam perhimpunan itu berkata, beliau kecewa dengan tindakan Guan Eng tersebut.

"Kami amat dukacita kerana Guan Eng enggan dan tidak berani untuk bertemu kami.

"Kami mahu menyampaikan memorandum yang menyatakan suara orang Melayu yang sering ditindas dan dizalimi oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP," katanya kepada pemberita di lobi Komtar di sini hari ini.

Sebelum itu, lebih 3,000 peserta Perhimpunan Sedaq anjuran 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam berkumpul berdekatan Masjid Simpang Enam, tidak jauh dari Komtar bermula 12 tengah hari.

Beberapa pemimpin NGO antaranya Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen; Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Abd. Karim dan pemilik-pemilik gerai yang dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan menyampaikan ucapan yang rata-rata melahirkan kemarahan terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Mereka kemudiannya menunaikan solat Jumaat dan solat hajat di masjid berkenaan sebelum berarak ke Komtar bagi menyampaikan memorandum kepada Guan Eng.

Selain memakai lilit kepala serta baju merah, mereka turut membawa sepanduk yang antaranya tertera 'Hancur Guan Eng', 'Hidup Islam', 'Hidup Melayu', 'Lim Guan Eng Diktator' dan 'Lim Guan Eng Rasis'.

Tuesday, February 2, 2010

green tea colostrum

nak promote sikit ni supplement untuk di amalkan tiap-tiap pagi.

aku sekeluarga dah dua bulan meminum susu colostrum campur green tea.

jangan ingat ni ubat pulak.........

sapa berminat terutama di daerah andalas, klang, bisa diatur



sara thai kitchen

dua hari lepas semasa ke kuantan sempat juga aku merasa siakap stim asam boi yang paling best pernah aku rasa.

dah lama tinggalkan gebeng tapi yang ni tak dapat aku nak lupa keenakan masakan ni....bukan lagi ala-ala thai, memang orang siam yang masak......

bila lagi la sempat nak pi lagi.......

kat-kat klang tarak jumpa lagi setakad ni....



Monday, February 1, 2010

melawan gergasi

setelah lima tahun lebih mengadap dan menghadapi gergasi cimb dalam kes penjamin dihambat bank akhirnya kes tu selesai dengan kes digugurkan.

begitulah bila individu berlawan dengan gegasi peluang nak menang hampir tiada langsung, walaupun penjamin tak salah sangat . kena buli saja-saja.
bukan kitaorangaja tapi lawyer kitaorang pun kena dan letih juga. sekarang barulah aku paham 'mainan' puak-puak korperat walaupun tak secanggih nun di benua india sana.

tapi dengan kuasa tuhan, lepas juga akhirnya.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...