Tuesday, December 5, 2023

terkenang

Kematian almarhum bapak mertuaku baru2 ini mengingatkan aku tentang rahsia Allah tentang kematian. Kita tidak akan tahu secara tepatnya bila kematian sampai. Kita kadang2 diberi sedikit ilham saja, itupun kita cuma sedar bila selepas kematian berlaku.
Dua puluh tahun dahulu semasa kematian almarhum bapakku aku balik kampung seminggu sebelum kematian bila arwah sakit sikit2. Beberapa bulan sebelum itu dia datang melawat kami di klang untuk melihat cucu kembar. Dia beriya-iya hendak ke klang seolah-olah sudah ada rasa kematian dan lawatan itu adalah untuk kali yang terakhir. Masa aku hendak balik dari melawat dia seminggu itu tiba2 aku rasa sedih dan menangis macam rasa itulah kali terakhir melihat dia hidup. Tapi aku senyap saja kerana merasakan ianya biasa bila seorang anak hendak berpisah dengan bapaknya yang sedang sakit. Takdirnya bapakku pergi me gadap ilahi pada 25 december 1997.
Balik kepada kisah bapak mertuaku. Enam tahun lepas ada peristiwa yang menyedihkan aku berlaku di perlis. Emak kemudiannya pindah ke rumah adikku di alor setar. Peristiwa itu menyebabkan plan asal balik perlis telah tertutup. Aku kemudiannya membuat rancangan membuat rumah singgah di marang. Bila balik kampung senang sikit aku dan anak2 yang makin membesar. Keadaan lagi baik bila balik rumah sendiri. Dipendekkan cerita bila umur aku mencapai lima puluh lima dan projek telah siap. Aku pun meminta ummi untuk bersara awal. Dia tak setuju walaupun aku memberi beberapa justifikasi yang betul. Dia masih mahu bersara bila sampai usia lima puluh enam iaitu pada tahun 2025.
Tapi tak berapa lama ummi setuju mengisi borang bersara awal iaitu pada julai 2023. Tapi pembedahan lutut melewatkan dan merencatkan plan kami untuk jalan2 malaya.
Dalam masa yang sama bapak mertuaku masuk hospital dan terlantar bila balik. 
Oleh sebab ummi sudah bersara, kami mudah bergerak balik alor setar atau marang. 
Sebelum mertuaku pergi, kami sempat beberapa hari balik marang melihat dia dan semasa dia tiada kami ada dekat2 dia.
Sekarang baru aku sedar aturan dan ilham yang allah bagi. Semuanya penuh rahsia untuk kita renung dan insafi.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...