25.12.2023
25.12.1997 arwah bapakku telah ke pulang negeri abadi.
Meninggalkan aku dan adik2 yang masih dahagakan kasih sayangnya.
Hari cuti krismas tu aku pergi kerja di projek highway kesas bila ummi serta anak2 balik bercuti di kampungnya.
Tiba2 aku dapat talipon yang bapak telah menghembuskan nafas terakhir di hospital kangar. Aku menghubungi ummi untuk segera ambik bas ke perlis bersama anak2 dari marang dan aku pula menunggu adikku mendapat pelepasan dari kem askar.
Aku kemudiannya ke kem askar untuk mengambil dia dan kami balik bersama-sama. Dalam perjalanan yang sedih itu aku terpaksa berhenti tidur dibawah jambatan di kawasan kuala kangsar sebelum meneruskan perjalanan ke kampung paya.
Alhamdullilah kami sempat sampai sebelum jenazah di mandikan. Arwah kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan nenek moyangnya di belakang rumah chiaq pin aku.
Emak kemudiannya bersama adik bungsuku yang baru habis darjah enam mengharungi hidup pasca ketiadaan bapakku sehingga dia juga pindah ke alor setar beberapa lama selepas itu meninggalkan rumah paya kami sehingga kini.
Allahumagfirlahum warhamhum.
Semoga allah mengampunkan dosa bapakku dan menerima doa2 kami terhadapnya dan dapat berhimpun bersama-sama di syurga akhirnya.