Bila hujung tahun, aku sedih teringatkan dia.
Semoga allah ampunkan segala dosa2 dia.
25.12.1997 - 25.12.2021
Hari ni sudah dua puluh empat tahun bapak tinggalkan kami.
Kalau hendak dikira aku tidak sempat lama bersama dia. Dari kecik hingga umur dua belas tahun sahaja. Hari aku melangkah ke Jenan adalah hari yang aku kemudiannya bergerak sendiri. Balik hanya masa cuti sekolah saja. Masa ini dapatlah Ikut dia ke bendang dan nat.
Kemudiannya bila habis sekolah, aku keluar belajar di Bangi dan berkerja. Dia sakit dan berada di hospital masa aku konvo. Bila berkahwin kemudiannya, aku menetap di klang dan balik bila ada cuti. Itupun bergilir antara Paya dan Rhu Rendang.
Dia datang kali terakhir melawat cucu kembarnya masa kami menyewa di kpg sri pandan, klang.
Dia meninggalkan kami selama-lamanya bila cucu kembarnya berusia setahun lebih.
Masa aku yang paling lama dengan dia kemudiannya adalah diantara semasa aku menunggu keputusan peperiksaan SPM. Semasa remaja, hanya masa itu aku lama dengan dia dengan mengikut dia berniaga di pasar harian dibeberapa nat di Perlis. Kadang-kadang konvoi ikut dia ambil sayur di padang Besar sebelah siam sana.
Aku jugak mengambil upah untuk mencuci buah sawa untuk diperam dan dibawa ke nat untuk di jual. Dengan upah itu jugak aku dapat sedikit duit untuk menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Perlis dalam kempen piala Malaysia.
Dia pergi tanpa dapat merealisasi beberapa pelan perniagaan yang telah kami rancang.
Sampai sekarang aku sentiasa sedih bila terkenangkan dia. Banyak duka lara dalam hidupnya tapi ditelan semuanya.
Semoga dia damai di Alam Sana dan aku harap dapat bersama-sama di surga nanti.
Allahumaghfirlahum warhamhum
Photo :