Sunday, December 31, 2023

menang balik

Spurs bangkit semalam untuk berada di top four balik.
Yang best bila mamat arsengal kalah.
Padan muka.

selamat tinggal 2023

Sejam lagi tahun 2023 masihi akan berakhir.
Banyak peristiwa berlaku tahun ni.
Aku akhirnya menamatkan perkerjaan tetap secara total. Part time advisory juga habis pada 31.8.2023.
Ummi juga bersara pada 30.7.2023 setelah cuti sakit sebulan sebelum itu. Akibatnya kami delay balik Ganu untuk tumpukan kepada kerja2 guesthouse yang belum beres.
Bapak mertuaku pulak pulang ke negeri abadi setelah tiga bulan terlantar.
Tahun ini juga kami dapat berita baik dalam perjalanan mendapat menantu pertama. Semoga dipermudahkankan.
Status di perlis masih status quo. Tapi adik iparku akhirnya balik ke alor Setar setelah sembilan tahun pjj.
Aku dan ummi kini menguruskan situasi baru kami. Ada yang dah dijangka dan ada yang tak dijangka.

Selamat datang 2024.

Ps : tadi sempat gader2 dengan geng enginemania Tganu kiter di restoren di rhu renggeh.

solat jumaat

Buat pertama kali solat jumaat hari ni di mesjid abedin, kuala T.
Masjid ini sangat lama usianya.

Monday, December 25, 2023

teringat bapak 2

25.12.2023

25.12.1997 arwah bapakku telah ke pulang negeri abadi.
Meninggalkan aku dan adik2 yang masih dahagakan kasih sayangnya.
Hari cuti krismas tu aku pergi kerja di projek highway kesas bila ummi serta anak2 balik bercuti di kampungnya.
Tiba2 aku dapat talipon yang bapak telah menghembuskan nafas terakhir di hospital kangar. Aku menghubungi ummi untuk segera ambik bas ke perlis bersama anak2 dari marang dan aku pula menunggu adikku mendapat pelepasan dari kem askar.
Aku kemudiannya ke kem askar untuk mengambil dia dan kami balik bersama-sama. Dalam perjalanan yang sedih itu aku terpaksa berhenti tidur dibawah jambatan di kawasan kuala kangsar sebelum meneruskan perjalanan ke kampung paya.
Alhamdullilah kami sempat sampai sebelum jenazah di mandikan.  Arwah kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan nenek moyangnya di belakang rumah chiaq pin aku.
Emak kemudiannya bersama adik bungsuku yang baru habis darjah enam mengharungi hidup pasca ketiadaan bapakku sehingga dia juga pindah ke alor setar beberapa lama selepas itu meninggalkan rumah paya kami sehingga kini.

Allahumagfirlahum warhamhum.

Semoga allah mengampunkan dosa bapakku dan menerima doa2 kami terhadapnya dan dapat berhimpun bersama-sama di syurga akhirnya.

Saturday, December 23, 2023

teringat bapakku

Cerita yang aku tulis dua tahun dulu, zaman pkp virus covic.
Bila hujung tahun, aku sedih teringatkan dia.
Semoga allah ampunkan segala dosa2 dia.

25.12.1997 - 25.12.2021

Hari ni sudah dua puluh empat tahun bapak tinggalkan kami.
Kalau hendak dikira aku tidak sempat lama bersama dia. Dari kecik hingga umur dua belas tahun sahaja. Hari aku melangkah ke Jenan adalah hari yang aku kemudiannya bergerak sendiri. Balik hanya masa cuti sekolah saja. Masa ini dapatlah Ikut dia ke bendang dan nat.
Kemudiannya bila habis sekolah, aku keluar belajar di Bangi dan berkerja.  Dia sakit dan berada di hospital masa aku konvo. Bila berkahwin kemudiannya, aku menetap di klang dan balik bila ada cuti. Itupun bergilir antara Paya dan Rhu Rendang.
Dia datang kali terakhir melawat cucu kembarnya masa kami menyewa di kpg sri pandan, klang.
Dia meninggalkan kami selama-lamanya bila cucu kembarnya berusia setahun lebih.

Masa aku yang paling lama dengan dia kemudiannya adalah diantara  semasa aku menunggu keputusan peperiksaan SPM. Semasa remaja, hanya masa itu aku lama dengan dia dengan mengikut dia berniaga di pasar harian dibeberapa nat di Perlis. Kadang-kadang konvoi ikut dia ambil sayur di padang Besar sebelah siam sana.
Aku jugak mengambil upah untuk mencuci buah sawa untuk diperam dan dibawa ke nat untuk di jual. Dengan upah itu jugak aku dapat sedikit duit untuk menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Perlis dalam kempen piala Malaysia.

Dia pergi tanpa dapat merealisasi beberapa pelan perniagaan yang telah kami rancang.

Sampai sekarang aku sentiasa sedih bila terkenangkan dia. Banyak duka lara dalam hidupnya tapi ditelan semuanya.

Semoga dia damai di Alam Sana dan aku harap dapat bersama-sama di surga nanti.

Allahumaghfirlahum warhamhum

Photo : 
kuala perlis, desember 1995 dan paya.

jalan2 ke penarik

16.12.2023

Rumah botol ayahku di penarik.
Bersama tok ayah dan pelawat dari johor.

Banyak cerita menarik dari tok ayahku ni berkenaan kampung rhu rendang bila dia pernah menetap disana selama tiga puluh lapan tahun selepas bersara dari khidmat sebagai askar british.
Ummi Ubaida telah berjumpa kawan lama arwah bapaknya disini.

Thursday, December 14, 2023

buku baru

Buku yang di tulis oleh aktivis dakwah ini dibeli di pesta buku slabgor 2023.
Antara ksgiatan usrah terdapat beberapa nama bekas lecturer enginemania ukm aku dulu

Monday, December 11, 2023

lega

Setelah kantoi tiga kali berturut2, menang juga dengan geng kota baru.
Mat brazil tu akhirnya score jugak

Tuesday, December 5, 2023

terkenang

Kematian almarhum bapak mertuaku baru2 ini mengingatkan aku tentang rahsia Allah tentang kematian. Kita tidak akan tahu secara tepatnya bila kematian sampai. Kita kadang2 diberi sedikit ilham saja, itupun kita cuma sedar bila selepas kematian berlaku.
Dua puluh tahun dahulu semasa kematian almarhum bapakku aku balik kampung seminggu sebelum kematian bila arwah sakit sikit2. Beberapa bulan sebelum itu dia datang melawat kami di klang untuk melihat cucu kembar. Dia beriya-iya hendak ke klang seolah-olah sudah ada rasa kematian dan lawatan itu adalah untuk kali yang terakhir. Masa aku hendak balik dari melawat dia seminggu itu tiba2 aku rasa sedih dan menangis macam rasa itulah kali terakhir melihat dia hidup. Tapi aku senyap saja kerana merasakan ianya biasa bila seorang anak hendak berpisah dengan bapaknya yang sedang sakit. Takdirnya bapakku pergi me gadap ilahi pada 25 december 1997.
Balik kepada kisah bapak mertuaku. Enam tahun lepas ada peristiwa yang menyedihkan aku berlaku di perlis. Emak kemudiannya pindah ke rumah adikku di alor setar. Peristiwa itu menyebabkan plan asal balik perlis telah tertutup. Aku kemudiannya membuat rancangan membuat rumah singgah di marang. Bila balik kampung senang sikit aku dan anak2 yang makin membesar. Keadaan lagi baik bila balik rumah sendiri. Dipendekkan cerita bila umur aku mencapai lima puluh lima dan projek telah siap. Aku pun meminta ummi untuk bersara awal. Dia tak setuju walaupun aku memberi beberapa justifikasi yang betul. Dia masih mahu bersara bila sampai usia lima puluh enam iaitu pada tahun 2025.
Tapi tak berapa lama ummi setuju mengisi borang bersara awal iaitu pada julai 2023. Tapi pembedahan lutut melewatkan dan merencatkan plan kami untuk jalan2 malaya.
Dalam masa yang sama bapak mertuaku masuk hospital dan terlantar bila balik. 
Oleh sebab ummi sudah bersara, kami mudah bergerak balik alor setar atau marang. 
Sebelum mertuaku pergi, kami sempat beberapa hari balik marang melihat dia dan semasa dia tiada kami ada dekat2 dia.
Sekarang baru aku sedar aturan dan ilham yang allah bagi. Semuanya penuh rahsia untuk kita renung dan insafi.

Friday, December 1, 2023

salam jumaat

Semalam lepas pekena breakfast nasi kabuli, kami ke dataran batu putih. 
Round pertama map google hampeh dan hancur bile di bawa kami ke dalam ladang sawit yang berada bertentangan dengan sungai. Agak2la nak suruh lintas sungai dengan kereta. Kami keluar ke batangan untuk ke DBP. Sempat bergambar dan sambar sepuluh botol air tuak.
Kemudian ummi drop aku ke mesjid untuk solat jumaat. Sementara tunggu kereta sampai aku sempat berborak dengan seorang jemaah. Dia tunggu hujan reda dulu. Rupanya dia asal dari bacok, klate dan kawin dengan orang sini. Bersara sebagai guru pada tahun 2020 zaman covic.
Panjang cerita pasal pengalaman dia menjadi guru komputer di zaman 90an hingga sekarang. Tersenyum2 aku mengi gatkan zaman tu. Disket ms dos, cd , internet dan macam2 lagi.

What a day !!

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...