22 OgosPetaling Jaya
Dikongsi dengan Rakan anda dan rakan kepada sesiapa yang mengetag
Balik dari ampang tadi singgah di USJ stadium curry house nak teh tarik dengan memba lama Bhm, Din tiba2 ternampak dua orang bos lama percon corporation sedang rancak bergossip.
Aku pun tumpang semangkuk untuk tambah perisa borak dengan hj kamarudin dan Shahrum Mokhtar . Dua-dua dah fully silver rupanya. Aku baru silver tang janggut ja.
Hj K adalah bos yang mula-mula masa aku report duty di HQ percon bangunan Pnb pada 2 januari 1996. Masa tu aku bersama arwah musa ashaari dan adik brader Kuchai yang aku dah lupa nama. Disitu kami membuat dokumen-dokumen teknikal untuk tender.
Hari2 aku travel dari kampung sri pandan, klang ke jalan tun razak. Macam2 mode transport aku cuba. Pernah tersadai di stesyen komuter batu tiga bila banjir teruk situ. Plus hiway terus tenggelam. Begitu juga railway track. Tengah malam baru sampai rumah.
Aku disitu selama enam bulan sebelum transfer ke projek kesas highway dekat johan setia. Dekatla sikit nak pergi dan balik kerja. Dalam hujung bulan jun tahun tu si kembar lahir.
Di site SAE (b) tu aku dengan bos shahrum dan geng2 lain sampai projek siap. Hisham Yahya , black, husin, arwah tajol, malik, wan kadir, Norma Hussian , Shabirin Harun , zamri dll ada disitu. Geng kesas tu semua pindah ke elevated highway yang site office kami di kampung baru.
Setelah siap Akleh section one tu kami ikut lagi bos shahrum ke projek KKRP, kuantan - kerteh railway . Site office kali ni tepi jalan dekat sungai kerteh. Ini kali pertama aku outstation selepas kahwin. Dua atau tiga minggu baru aku balik ke klang. Kali ni aku pergi dan balik klang - kerteh dengan bas, naik suzuki jimmny atau tumpang brader survey Abdol Malik . Bila naik bas dari klang, turun situ pukul 3 pagi dan kena jalan sebelum sampai site office untuk tido sementara tunggu subuh. Kadangkala terserempak dengan kerbau pendek dok merayau.
Sensara jugak site tu. Sampai tiga puluh kilometer panjang aku jaga earthworks dan ground treatment. Almost semua treatment yang ada dalam buku geotechnical aku jumpa. Sampai kena deal dengan doktor2 geotech minconsult. Sorang tu Dr karibasapa yang asal dari benua india. Sorang lagi aku nama dia Dr Nagendra. Dia dok kerja di minco sampai sekarang rupanya. Aku terjumpa dia masa trial bore-pile di projek highway Suke. Kami ada berborak juga pasal projek keretapi dulu.
Macam2 hal jadi terutama di kerteh yard. Tentu Azwan Ab Ghani , Bakri Hassan Black dan inhouse consultant Ahmad Semail ingat kisah2 taichi dengan cow minco selvam. Sampai embankmenk pecah pun ada dek dok kejar deadline petronas. Balun ja tambak sambil langgar advise designer. Janji siap dan start date surcharge. Lain2 settle kemudian. Kesian geng lab arwah norasly dan sahidan mengejast.
Last2 jalan keretapi pertama di Ganu tu bungkus juga. Tak beroperasi lagi.
Setelah projek siap aku berhenti dari percon setelah berkerja hampir enam tahun.
Fast foward tiba2 pada tahun 2016 bila aku masuk meeting joint venture zelan dan hasrat sedaya di wisma zelan terpandang orang lama yang aku kenal iaitu Hj kamarudin.
Dia kemudiannya jadi PD aku sampai projek siap.
Keciknya dunia construction di malaya