10 OgosIpoh, Negeri Perak
Dikongsi dengan Rakan-rakan anda
Tempat jatuh lagikan di kenang.
Teringat jaman ireka bila lalu hiway plus dari ipoh ke simpang pulai ni.
Pada tahun 1992 selepas raya puasa aku turun ke bangi dari perlih untuk mencari kerja.
Di B.B bangi aku setinggan di rumah geng enginemania sambil apply kerja. Nasib baik masa tu ada moto yamaha cup AAK 2267 untuk ke sana sini.
Satu hari pada 16.4.1992 aku ada interview di dua company construction. Mula2 dengan Ijm untuk projek highway di johor dan kemudiannya ke bukit damansara interview dengan ireka. Yang interview aku masa tu adalah projek manager Ir Yap BC. Antara yang aku ingat masa sessi tu dia kata, wahh after raya you cabut to kl to find job. Setelah hampir selesai sessi tu dia terus bagitau, monday you come to Ipoh and report for highway ipoh simpang pulai project.
Pagi2 isnin aku naik bas terus ke ipoh dan site office di ipoh timur.
Petang tu enginiar jawa US bawa aku ke rumah company di gunung rapat. Masa tu rumah dah ada dua orang enginiar yang senior sikit iaitu md nor dan masnov. Kami tinggal bertiga sehingga T.Nash datang. Bila dua senior tu cabut, aku bertiga tinggal situ sampai projek siap. Ada seorang lagi enginiar senior datang sekejap tapi cabut jugak.
Banyak kenangan semasa di Ipoh. Selain pergi raya haji di Taiping, kami juga ke pulau pangkor dan memancing di lubok antu, manjung. Sekali tu masa kami berenti makan di sebuah gerai, mak cik kedai tanya , nak pegi mancing kat mana? Kami yang tak tau nama tempat bagitau dia situ situ. Dia kata ooooo tu lubok antu. Baik2 la nak ooii.
Semua tergamam bila dengar nama tu tapi belasah jugak la. Nasib baik tak ada apa-apa.
Satu kali masa nak balik raya ke perlih, aku terlepas bas. Hampeh betui. Terpaksalah naik bas lompat dari ipoh ke butterworth, alor staq dan kangar.
Banyak lagi kenangan di Ipoh terutama di kawasan gunung rapat tapi simpan di hari lain pulak.
Aku yang masih bujang, 'young and dangerous' lagi masa tu kemudiannya pindah pula ke projek lain dekat bandar baru sungai buloh. Kali ni aku dan brader jawa us duduk di rumah company yang berdekatan dengan studio luncai emas. Selalu jugak jumpa rocker2 yang kadang2 makan area situ.
Masa ni dah ada kereta dan makin panjang kaki melangkah.
Adios