Sunday, September 1, 2019

Setahun sudah berlalu

Hari ini setahun yang lalu aku berada di wad kecemasan hospital shah Alam akibat serangan jantung bila Dua saluran tersumbat. Rupanya itu adalah serangan kedua dalam tempoh Dua minggu.
Serangan pertama adalah muntah2 yang sangat teruk setelah menyembelih kambing untuk korban di siang harinya. Keadaan sembuh bila doktor bagi ubat angin. Kemudiannya Baru aku Tahu angin juga boleh menyebabkan serangan jantung.
Setelah cuti sakit Dua Hari, aku Balik bekerja Dan di minggu kedua balik ke utara untuk selesaikan Satu Hal penting.
Serangan kedua berlaku pada malam sabtu 30 ogos dengan nafas menjadi sesak, kaki bengkak Dan BP mencecah bacaan 200. Terus aku ke wad kecemasan Dan malam itu juga air dalam badan di keluarkan. Aku terus ditahan di dalam wad sehingga pulih. Tapi rupanya aku belum pulih sepenuhnya Dan Dan dirujuk ke PPUM. Masa ini aku belum mengaku telah terkena serangan jantung.
Procedure angiogram pula dibuat Dan didapati Dua saluran tersumbat dengan Satu adalah tersumbat sepenuhnya manakala yang Satu lagi lapan puluh peratus. Hanya Satu saluran dipasang stenting dulu. Dua minggu kemudiannya Satu lagi Saluran dipasang stenting.
Kini aku percaya serangan jantung telah menimpa aku sebagaimana bapak2 saudara aku sebelumnya walaupun testing2 kelihatan aku normal. Aku tidak hisap rokok, tiada kencing manis Dan tahap kolosterol masih ok. Akhirnya Prof Dr Alex membuat kesimpulan ini adalah kes genetic.
Tapi aku percaya stress adalah penyebab utama Dan sakit itu datang dari Allah atas sebab2 hanya Dia yang Tahu.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...