Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Monday, September 23, 2019
buku baru
Thursday, September 19, 2019
mega tool box
dengan Senior projek manager client, CN dan Engineer Lutfi ( bawah )
semoga di permudahkan untuk siapkan projek ini secepat munkin.
Wednesday, September 18, 2019
Kesian kawan aku
Kesian kawan puak lebbai aku bila taawun dengan puak samun.
Dia terpaksa bekap fatwa terbaru,
"
Meno muslim, kesilapan dimaaf Allah dgn taubat tapi kapiaq walau pun nampak baik, neraka nauzubillah... Tambah lagi sifat prmusuhan kental yg dtunjuk DAP trhafap lslam ".
Dulu Masa serang, puak nasionalis semua kafirun walaupun Islam.
Demi kuasa Dan fulus, semua berubah.
Monday, September 16, 2019
Cerita perang gila
Masa dia 'perang' dengan Umno dulu dia bawa cerita perang Badar.
Bila dia bergabung dalam PR dia bawa cerita perjanjian Hudaibiyyah.
Masa dia 'perang' dengan PH dia bawa cerita perang Ahzab.
Bila dia bergabung sokong Najib dia bawa pula cerita persaudaraan Aus dan Khazraj. Lepas tu dia tuduh sapa yg tak setuju dengan penggabungan itu sebagai puak Yahudi.
Lepas ni bila dia gaduh balik dengan Umno pasti dia akan bawa cerita Habil dan Qabil.
Copy paste FB
Saturday, September 14, 2019
Paku terakhir
Hari ini 14.9.2019 adalah paku terakhir untuk satu gerakan islam yang dah lama aku ikut. Dari zaman university sampai dua tahun lepas. Aku gantung kerana gerakan dah hilang arah berkawan dengan penyamun.
Tuesday, September 10, 2019
extension of time
Kontraktor selalu di takutkan dengan LAD Dan notice non-completion. Keadaan ini menyebabkan kontraktor stress Dan mula mengorek dan membuka semua kelewatan2 yang menyebabkan project delay. List2 tu kadang2 menyebabkan client dan consultant bengang dengan kontraktor pulak. Lagi lah buat aku penin. Tapi apakan days, Demi survival, kontraktor terpaksa throw jugak alasan2 untuk dapatkan EOT.
Alasan2 favorite adalah seperti land issues, authorities, third party Dan change design yang menyebabkan variation order.
Rawang Perdana
Monday, September 9, 2019
readzai Guest house aireil view
Melaka setelah enam tahun
Friday, September 6, 2019
Bangla's
Dalam context international, Malaya adalah pilihan orang cina,India, Indonesia Dan selatan Thai datang untuk berbagai perkerjaan. Bangla, Nepal, Vietnam, kemboja datang di zaman 90an. Tapi sebelum itu Orang Malaya keturunan cina pula kemudiannya ke Hong Kong atau Taiwan untuk berkerja.
Dalam kerja construction, muka2 yang terlibat akan bertukar. Dari cina/melayu, kemudiannya Indonesia Dan Bangladesh.
Masa aku Mula kerja bangsa Indonesia yang banyak dalam construction menjadi carpenter, bar bender Dan buruh. Mandur/supervisor kebanyakkannya cina local. Melayu/India banyak jadi operator mesin. Secara semulajadi orang Malaysia Dan Indonesia sesuai untuk carpentry sebab sudah biasa dengan gergaji, tukul Dan paku. Orang India banyak bekerja dengan premix Dan railway.
Masa ini workmanship bangla's masih teruk tapi sebab project Makin Banyak, majikan tiada banyak pilihan. Pada aku sampai sekarang skill bangla's Ni masih di tahap biasa. Kerja asal siap. Mereka juga kuat curi Masa kalau Kita biar. Aku dengar cerita di Bangladesh, mandur sentiasa monitor dengan rotan. Bila malas saja terus kena rotan. Style kerja di Sana dibawa me sini tapi sini tiada sistem rotan. Hanya sistem maki2 saja.
Sekarang Ni bangla's sudah mengawal sepenuhnya bidang construction. Ada yang dah jadi subcon lagi. Lagi2 bila beberapa tahun lepas, Ada undang2 Baru yang tidak membenarkan lagi pekerja luar yang berkerja lebih sepuluh tahun kena balik terus.
Ampang
site office cabin zaman 90an
Zaman bujang dan selalu lepak di Wisma central cari marka.
Dengan fellow site engineer, Mr Kosonov, jawa Muar yang Sedang bergaya dengan talipon special zaman dulu.
atas jambatan baru siap
Kerja dengan Percon Corporation.
Hutan belakang tu sekarang dah penuh dengan rumah.
Masa ni kami dah pakai topi safety dan boot
Thursday, September 5, 2019
perangai buruk
sebelum itu pam stesten problem hose. Pergi tanya bangla dia kata tunggu la. Pemalas punya bangla. Aku pun blah ke syesyen satu lagi.
Stesyen minyak kedua lain pulak cerita. Aku parking belakang satu kereta untuk isi minyak. Tapi orang tak ada. Ingatkan dia pergi kaunter bayar. Pun tak ada. Sahla dia buat projek lain selain nak sis minyak.
Bertambah lah bengan aku pagi-pagi ni. Terus aku ambil gambar dan post kat FB dengan statement ni.
Datang stesyen minyak bukan nak isi minyak tapi parking tempat isi minyak.
Kalau nak pi kencing, pi la toilet.
Kalau nak draw duit, pi la bank.
Owner kereta rupanya lagi tua dari aku.
Sorry la tak dapat nak bersangka baik pagi2 buta ni.
Sunday, September 1, 2019
Setahun sudah berlalu
Hari ini setahun yang lalu aku berada di wad kecemasan hospital shah Alam akibat serangan jantung bila Dua saluran tersumbat. Rupanya itu adalah serangan kedua dalam tempoh Dua minggu.
Serangan pertama adalah muntah2 yang sangat teruk setelah menyembelih kambing untuk korban di siang harinya. Keadaan sembuh bila doktor bagi ubat angin. Kemudiannya Baru aku Tahu angin juga boleh menyebabkan serangan jantung.
Setelah cuti sakit Dua Hari, aku Balik bekerja Dan di minggu kedua balik ke utara untuk selesaikan Satu Hal penting.
Serangan kedua berlaku pada malam sabtu 30 ogos dengan nafas menjadi sesak, kaki bengkak Dan BP mencecah bacaan 200. Terus aku ke wad kecemasan Dan malam itu juga air dalam badan di keluarkan. Aku terus ditahan di dalam wad sehingga pulih. Tapi rupanya aku belum pulih sepenuhnya Dan Dan dirujuk ke PPUM. Masa ini aku belum mengaku telah terkena serangan jantung.
Procedure angiogram pula dibuat Dan didapati Dua saluran tersumbat dengan Satu adalah tersumbat sepenuhnya manakala yang Satu lagi lapan puluh peratus. Hanya Satu saluran dipasang stenting dulu. Dua minggu kemudiannya Satu lagi Saluran dipasang stenting.
Kini aku percaya serangan jantung telah menimpa aku sebagaimana bapak2 saudara aku sebelumnya walaupun testing2 kelihatan aku normal. Aku tidak hisap rokok, tiada kencing manis Dan tahap kolosterol masih ok. Akhirnya Prof Dr Alex membuat kesimpulan ini adalah kes genetic.
Tapi aku percaya stress adalah penyebab utama Dan sakit itu datang dari Allah atas sebab2 hanya Dia yang Tahu.
walimah anak arwah pak wan
Alhamdulliah Hari ni berkesempatan ke majlis walimatulurus anak sahabat jenan84 arwah Pak Wan@ridzuan zainol.
Arwah juga classmate aku Masa tingkatan 1-3D.
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...