Monday, February 26, 2018

Permulaan kisah

Aku masih mushkil sampai sekarang kenapa aku dipilih untuk ke India. Padahal ianya adalah jawatan yang sepatutnya bukan aku dari segi pengalaman sebagai projek manager dan senioriti dalam group.

Walaupun akhirnya aku terima sebagai takdir tuhan tapi aku masih percaya ianya juga perancangan pihak tertentu dalam syarikat berdasarkan petunjuk-petunjuk yang ada.
Dari satu segi aku rasa ianya sebagai pengajaran atas kelecuparan mulut aku dan ujian bila aku sudah bersedia  mendaftarkan untuk pergi menunaikan haji.
Cerita pasal haji ini sangat terkesan kepada aku yang menyebabkan aku menangis berhari-hari sebelum wukuf. Sudah lama Ummi mengajak aku mendaftar dengan tabung haji tapi aku selalu mengelak dengan alasan sebok. Ayat keramat yang selalu aku kata kat Ummi adalah, nak pergi kursus haji pun tak tau bila, ini pula nak pergi haji.
Ujian datang beberapa tika kemudiannya bila projek dah siap dan seorang Qs ( quantity surveyor ) provok aku dengan soalan, bos, tak nak pegi India ka lepas handover projek ni?
Aku dengan pantas jawap tanpa mengingat apa akibatnya, wooiii SY, ini Rizlan la. Kalau pegi India dengan BH ni mintak maaf la. Package terok, semua terok. Hang tau apa dah jadi kat orang-orang yang dah ke sana sekarang ni, hancur !!!!
Aku bercakap seolah-olah akulah yang menentukan rezeki seseorang.
Kata orang putih, you had cross the line.
Kemudian setelah sebulan di HQ petaling jaya untuk , aku pun ke sana walaupun tiap-tiap hari aku minta doa supaya ianya dibatalkan.
Setelah tiga bulan di sana pada suatu hari baru aku teringat keceluparan mulut aku semasa di Gebeng dulu. Terus aku memohon ampun atas kata-kata aku dulu dan ajaibnya selepas itu semuanya dipermudahkan oleh Allah.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...