Sunday, March 11, 2012

hancurnya sebuah harapan

walaupun jelapang padi bukan tempat lahir aku tapi aku berada disana semasa zaman aku membesar dan apa-apa yang berlaku sentiasa menarik minat aku.
aku dah hendak melepaskan amarah di blog ini bila bom ini meletup tapi baik aku tunggu bagaimana berakhirnya cerita ini.
mula-mula aku dengar hal ini perkataan pertama yang keluar adalah 'hancur'.
 kenapa hancur?
hancur samalah dengan punah ranah.
walaupun pengakhirannya nampak baik tapi harapan aku dah berderai. pasukan yang mulanya nampak baik, hebat akhirnya tewas dek kerana nafsu dunia. nafsu nak jadi MB dan lain-lain lagi.

 apalagi yang tinggal untuk seorang pejuang bila nafsu dah mengawal diri? sepatutnya orang-orang ini sudah sampai ke tahap yang nafsu dan dunia untuk mereka hanya sebagai hama saja.
tapi syaitan tidak pernah tidur. nafsu tidak pernah tidur.
yang tertidur adalah mereka-mereka yang mengaku pejuang kepada tuan agama.
sahabat sendiri pun nak diterkam dan dibaham.
pengikut-pengikut pun dah menjadi kawan-kawan syaitan.
itulah ujian kemenangan yang sangat ditakuti oleh pejuang-pejuang tuan agama yang sejati.

nampak macam dah selesai tapi api dalam sekam siapa pun tak tahu
ramai yang berpendapat macam penulis ni yang isu ini jauh dari selesai.
ribut besar akan datang nanti dan menunggu masa.

adakah puak-puak yang bertelagah bersedia?
atau mereka menunggu penyelesaian dari tuan agama sendiri?
masa itu baru tahu yang lebih baik berjuang dalam kesusahan dari kemenangan.
kes di perak adalah contohnya.
ini adalah lagi satu alasan bodoh yang dimain-main oleh media perdana dan orang-orang yang tak sebulu.
cerita parasit pun makin berkembang sakan selain dari cerita endrogan ini.
 ini satu lagi penangguk di ayer keroh.tak kira rasis atau apa terus bercakap macam orang gila talak.
akhirnya ini adalah yang dipercayai oleh puak-puak yang bertelagah.

pernahkah mereka siasat apa pendapat orang-orang yang di atas pagar? atau orang yang akan memangkah nanti?

tentu jawapan tuhan lain dari apa yang dipikirkan oleh umat manusia.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...