tadi masa kat mesjid menunggu solat jumaat ada saudara bersubang kat telinga dekat dengan aku.
nampak macam bukan melayu muslim yang biasa. brader ni kira baik lagi kalau nak dibanding yang aku tengok di bosnia dulu yang mana bukan setakat subang, tatoo, pakai topi dan seluar bawah sikit pun ada.
adakah aku sedih atau gembira? kedua-duanya ada.
gembira sebab dia datang juga ke masjid. harap lama-lama dia ke masjid masa solat lain dan kemudian tidak bersubang lagi.
aku juga gembira kerana tiada orang muslim malaya yang halau atau maki-maki dia.
tapi aku juga sedih dan terasa gagal.
gagal kerana tak mampu nak memahamkan orang-orang yang macam ini tentang adab-adab bila berada didalam mesjid. kalau saudara kita tadi baru memeluk islam boleh la juga tapi bagaimana kalau dia muslim sejak kecil?
semoga saudara aku ini sentiasa dirahmati Allah dan bertambah imannya.
bila keluar aku lagi sedih tengok ada seorang lagi saudara kita dengan seluar pendek tidak menutup aurat sedang menunggu seseorang keluar dari mesjid untuk balik.
aku semakin terasa sangat lemah sekali solat jumaat kali ini.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...