Tuesday, January 4, 2011

bukan senang

bergelut dengan persekolahan tahun ini dan perkembangan muktahir ini nampaknya bukan senang kalau kita hendak membawa anak-anak kita ke arah mengenal islam dari kecil dengan sistem pendidikan yang ada sekarang.
tersangat sengsara para ibu-bapa dan anak-anak dengan yang ada sekarang.

kekangan serta perbalahan politik yang nampaknya tiada jalan keluar lagi mengharu-birukan keadaan yang akhirnya mangsa adalah anak-anak, ibu-bapa dan masyarakat sekeliling dan negara akhirnya.

akhirnya apa opsyen atau alternatif yang ada ?

satu bergantung kepada sekolah kebangsaan sahaja. tapi peluang ke sekolah beragama nanti sangatlah tipis walaupun dengan keputusan lima A. sekolah agama federal atau negeri tak akan mengambil kira langsung. akhirnya anak-anak terus dengan sistem sekular sampai masuk unversiti macam aku dulu. apa jadi? terkial-kial aku

yang kedua pergi sekolah kebangsaan separuh dan sekolah agama separuh lagi dan ambil periksa untuk subjek agama. peluang ada tapi anak-anak dan ibu-bapa akan terpaksa bertarung dengan macam-macam kerenah. ramai kata pilihan ini sangat bagus tapi untuk ibu dan bapa yang kedua-duanya kerja, entah macamana nak bayangkan.

yang ketiga hantar anak-anak ke sekolah swasta yang ada akedemik dan agama sekaligus. opsyen yang baik tapi terpaksa bayar lebih dan ada halangan bila nak ke sekolah menengah agama. jadi sebagai jalan keluar, terpaksa juga ikut sekolah agama petang harapan akan mudah nanti. tapi halangan terbaru muncul baru-baru ini apabila ada pekeliling menghalang anak-anak dari sekolah swasta ke sekolah kerajaan.
fleksibiliti yang ingin kita lihat hancur. semua pengubal dasar tengelam dengan ego masing-masing.

apa lagi pilihan yang aku ada..????

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...