Tuesday, November 30, 2010

sapa punya idea pulak ni....

bila tengok berita ni, teringat kawan aku yang tinggai anak-bini pergi tanam padi di afrika.

afrika? haa...betol afrika......

sekarang ni dengar dah balik, tapi bendang kat afrika entah dah jadi tempat gajah berkubang.

bendang dan sawah terbiar banyak lagi di malaya ni tuan penguasa ...........

cari la idea yang baguih sikit.

kasi buang la tuan penasihat karut tu.

senang la hangpa meniaga


sedap ja mamat ni nak belanja duit orang.
seronok la kalau meniaga duit orang lain.
cuba duit sendiri tengok macamana hang buat..........

biaq betoi.....


tengok di dewan rakyat diaorang gaduh pasal harga rumah di malaya.
ada yang kata naik sikit, ada yang kata naik banyak.
apasal takut nak kata naik banyak? pilihanraya dah dekat kot......

misai kucing dari kampung paya

akhirnya pokok misai kucing yang aku bawa balik dari kampung paya masa hari raya baru ni dah berbunga.

tak lama lagi bolehla buat teh misai kucing pulak

biar betul la

kenyataan yang sangat mengecewakan dari penguasa nombor dua.

makanan cukup adakah kerana termasuk yang di impot dari siam dan indo?

bila kita akan mengeluarkan sendiri bahan makanan?

entahlah..jawapan yang sangat kabur dan entah bila akan dilihat berlaku

sambutan kanak-kanak yang mengecewakan


dua minggu lepas aku hadir membawa si bongsu ke sambutan hari kanak-kanak selangor.
program nampak baik tapi pengurusan acara sangat mengecewakan .
imej islam yang nak di tonjolkan entah kemana perginya.

Sunday, November 21, 2010

akhirnya spurs langsaikan hutang lama dengan arsenal


happy betoi aku semalam tengok game ni.

akhirnya pasukan si harry reknap tibai juga team si profesor wengeroy nie.

You bottled it: Boss Wenger furious as Arsenal lose at home to rivals Spurs for the first time in 17 years

By Derek Hunter Last updated at 11:28 PM on 20th November 2010

Arsenal manager Arsene Wenger lost his cool at the Emirates yesterday and practically accused his players of lacking the 'bottle' to establish themselves as Premier League frontrunners.

Younes Kaboul's late winner for Tottenham in the north London derby left Wenger lashing out in anger at a wasted opportunity to send a positive message to his title rivals.

Younes Kaboul

White heart: Spurs celebrate Younes Kaboul's late winner

A second successive home defeat - a third in all this season after slipups against Newcastle and West Bromwich - left Arsenal fans furious, particularly since it was the first time in 17 years that they had lost at home to their biggest rivals.

And a seething Wenger said: 'Three home defeats are three too many. What is worrying for me is that we had an opportunity to go top of the league, and when we have to deliver, we can't. That's worrying because that's part of our job.

'We put ourselves in the right position and failed - we have to accept that. It is more a mental than a football thing. We were in a position to win the game and we didn't win it and, of course, that is difficult to swallow. We couldn't maintain the focus or the urgency for 90 minutes.

terduduk si coach professor nih....hahahahaah....

On his knees: Arsene Wenger suffered on an agonising afternoon for Arsenal

On his knees: Arsene Wenger suffered on an agonising afternoon for Arsenal

'I put that down to bad luck, fatigue after the midweek international games, some basic errors and a lack of cautiousness.'

Samir Nasri had opened the scoring, having refused to shake the hand of Spurs captain and fellow Frenchman William Gallas, the ex-Gunner, before kick-off due to past differences.

Marouane Chamakh doubled Arsenal's lead but Gareth Bale cut the deficit.

'It is difficult to accept when you are 2-0 up and you have a freekick but you are caught on the counter- attack,' added Wenger, who also claimed he did not see the Cesc Fabregas hand-ball that led to Rafael van der Vaart's penalty equaliser.


Sunday, November 14, 2010

bergolak lagikah bosnia..????

berita terbaru melibatkan bosnia.

yang pergi cerita kat US tu tak akan bawa apa-apa makna.

mereka sudah dan sedang menekan jarum-jarum halu sedalam-dalamnya sehingga agenda asal tercapai setelah gagal fasa pertama sedekat yang lalu.

kesian lagi.......

kecoh satu malaya puak talibarut ni kena halau......nasib baik tak kena baling dengan telor busuk

baru first time kot. bukan selalu kena ah moi ooiii......



untung juga ada orang war-warkan




tumpang semangkuk

awat halau...depa ni baguih wooo...


saya jauh mari dari penang.

selalu tak kena halau, kali ni kena pulak.

kesian trojan ni


kuda trojan ni dah kepanasan.

macam-macam putar alam dah di buat nak suruh orang sembelih dia.

bila dah di sembelih barulah boleh keliling malaya jual minyak.....

Saturday, November 13, 2010

kita memang teruk.......

tadi aku ke klinik kat andalas.

bukan nak cerita pasal klinik atau pasal doktor atau pasal tukang ubat situ tapi pasal orang yang datang nak jumpa doktor macam aku.

masa aku sampai, kaunter daftar tak buka lagi sebab awal lima minit. kemudian datang dua orang perempuan dengan budak-budak kecik.anak diaorang agaknya.

bila kaunter buka dua minah tu dengan toya dan muka sardin terus ke kaunter untuk daftar jumpa doktor tanpa pedulikan aku yang datang awal dari diaorang.

dan lagi anak-anak yang ada akan ikut perangai mak-mak diaorang. sampai bila hal ni akan berterusan.

itulah wajah dan perangai sebenar majoriti orang kita melayu islam dan juga orang malaysia.

budaya hormat sudah tiada.
budaya pentingkan diri sangat bermaharajalela.

seteruk-teruk di bosnia pun budaya macam ni tak ada. lagilah kat bahagian lain eropah.

patutla kita makin lama makin teruk.

kemana kita akhirnya.....???

lawan jangan tak lawan

pasukan bola kita kali mendapat perhatian berbanding dahulu.

kalau dulu jadi budak belasahan, sekarang ada banyak baik.
walaupun kalah dapat juga layak ke pusingan kedua setelah lebih tigapuluh tahun.

tapi permainan semalam banyak sangat cacatnya. sampai tiga orang kena buang padang.
haru sungguh leperi tu. mamat ostolia memang tak buleh percaya sangat.




Friday, November 12, 2010

federalisma di malaya : ke mana akhirnya..???

rupa-rupanya semakin banyak kita kehilangan apa yang kita ada, semakin celaru dan tak rasionalnya kita.

banjir di kedah dan perlis menelanjangkan lagi perangai buruk hubungan federal dan negeri sampai ada Menteri besar menghamburkan amarah laksana gunung berapi merapi yang tak dapat ditahan lagi.

keadaan lagi buruk bila ada puak-puak dan media tiga suku yang semakin hilang akal memisahkan dan memperkudakan mangsa-mangsa banjir atas nama politik.

dulu banyak kabar angin tentang sekatan ke atas negeri di pantai timur hanggakan yang satu hanya mampu bertahan satu penggal sahaja. nampaknya kabar berangin ada banyak betulnya.

tapi bila tuhan turunkan banjir yang terdashyat dalam tempoh seratus tahun, kenapa hanya di jelapang padi heboh sedangkan indera kayangan pun tiga suku tenggelam sunyi sepi.

adakah tuhan sedang mengajar manusia yang tidak pernah-pernah paham?
jika benar apakah akan berlaku seterusnya?
gelombang kedua yang lebih dasyat?
adakah sekarang tempoh bertenang yang tuhan bagi untuk manusia berfkir?
berfikirkah manusia tentang bala tuhan?

peristiwa tsunami beberapa tahun dahulu menunjukan yang masalah kompleks yang melibatkan ego dan keangkuhan manusia dapat diselesaikan bila bala besar turun.

adakah ini yang akan berlaku kepada kita?

Wednesday, November 10, 2010

dulu kutuk sekarang ikut pulak......

nak kata terok ka tak tau malu puak-puak ni......

dulu bukan main lagi bantai sana sini bila satu negeri tu tengah nak promosi duit dinar.
macam-macam la kecoh satu puak termasuk media talibarut heboh.....

aleh-aleh sekarang negeri mamat ni ikut pulak.
tapi geng muka tebai macam tembok ni rilek ja la......

musti kata baguih kot noooooo.......

Monday, November 8, 2010

selamat melangkah ke alam baru anakku

dah hampir tujuh tahun rupanya si bongsu kecik aku.

dia dilahirkan masa aku outstation di projek di gebeng, kuantan.
sejak dia lahir aku sentiasa tinggalkan atas sebab-sebab kerja. Lepas gebeng, aku ke india selama enam bulan berterusan. selepas itu ke gong kedak di sempadan terengganu dan kelantan.

selepas balik ke klang setahun dan ke bosnia herzegovina pulak sebelum ke melaka hinggalah sekarang.

semalam kami meneman dia untuk majlis graduasi tadika an-naim di shah alam.




si kecik sedang di sediakan sebelum membuat persembahan




antara nama-nama anak-anak tadika yang bersama si kecik



menyanyi perpisahan dengan mualimah-mualimah

Saturday, November 6, 2010

ikan bakar hj musa di crystal bay

cerita makan la pulak.

minggu lepas ada seorang kawan ajak makan makanan laut di crystal bay kat Alai melaka.
kawan ni sangat bersyukur atas sebab-sebab yang tak payah nak diceritakan di sini.

kami pergi bersama dua lagi kawan dan memilih gerai ikan bakar hj musa.




udang bakar.
walaupun kolestrol banyak bedal jugak la. bukan selalu...heheheeheh



kegemaran semua orang ikan bakar.......

perang bermula dan tamat

sakan sungguh tajuk suratkhabar ni.

kenapa mesti guna istilah perang?

keputusan semua orang dah tahun.
macam-macam pendapat dah di beri dan aku tak nak beri apa-apa komen.

malang tak berbau

benarkah malang tidak berbau?

atau kita selalu alpa dan lupa?

gambar atas seorang brader sedang memberi komen di TV pasal bas terbalik di lebuhraya karak.

bila di periksa apa pun tarak !!!

nampaknya kotak hitam ka apa ka, semuanya tak memberi kesan dan isu sebenarnya adalah pemandu-pemandu jugak. atitute pemandu juga.

tapi macamana nak selesaikan masalah ini...?????

banjir di kampung paya 2010

inilah muka depan suratkhabar beberapa hari lepas.

tiga per empat perlis tenggelam !

kampung paya aku yang sejak aku lahir tak pernah dimasuki air pun masuk. mak aku terpaksa pindah ke rumah adik dia.

rumah ngah dan toksu aku yang tak pernah masuk air sebelum ni, turut menerima tetamu yang tak kenal sapa ini.

begitulah pukulan banjir kali ini. kalau tuhan kata jadi, maka jadilah
tak dapat aku bayangkan macamana.

yang sedih lagi orang kampung dah pandai memberi komen pasal puak-puak yang mengendalikan empangan timah tassoh. bukan sedih pasai orang dah pandai komen tapi macamana nak jawap enam-enam saluran dibuka serentak.

betulkan begitu?
teruk sangatkan jurutera atau pasukan kat empangan itu?
mereka over konfident atau tak dapat maklumat cuaca?

munkin pengalaman ini sangat berguna di masa hadapan

perjalanan ke tasik kenyir

tiga hari lepas aku ke tasik kenyir atas urusan kerja.

perjalanan ke sana sangat meletihkan apatah lagi memandu sorang diri. hajat untuk singgah di kuantan semasa balik untuk berjumpa kawan-kawan lama semasa di projek gebeng by pass dulu tak kesampaian sebab terpaksa balik ke kuala lumpur dengan seorang yang sangat penting.

inilah kali pertama aku ke tasik air tawar kenyir buatan yang antara terbesar di asia tenggara.
di sana aku bermalam di Lake Kenyir resort yang sangat sunyi sepi terutama di malam hari.

simpang ke luar di jabor dari lebuhraya pantai timur dekat dengat projek lama aku di gebeng by pass yang siap hampir enam tahun lalu. dulu masa aku tinggalkan interchange tepi Aspa Cottage belum lagi bersambung dengan lebuhraya.
Aspa Cottage juga tempat aku dan rakan-rakan lain tinggal hampir dua tahun setengah semasa di gebeng.


ni pulak tempat bernama Ajil dalam daerah ulu terengganu.

sungguh menyedihkan kontraktor ni biarkan kenderaan melalui jalan utama di atas batu 'crusher run' saja.
kalau ikut prosedur jalan utama walaupun sementara mestilah di buat di atas premix atau tax.
malangnya tuan utama projek ni LLM dan konsultantnya biarkan saja.

mentang-mentanglah projek ni kat Ulu Terengganu !!!!!!


simpang ke tasik kenyir.
ada projek melebarkan jalan juga disini


sebahagian pemandangan tasik



chalet di tepi tasik










veranda chalet



















chalet tempat aku bermalam.
nak tau malam tu apa jadi?


lobby utama tempat kami mesyuarat



erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...