dia dilahirkan masa aku outstation di projek di gebeng, kuantan.
sejak dia lahir aku sentiasa tinggalkan atas sebab-sebab kerja. Lepas gebeng, aku ke india selama enam bulan berterusan. selepas itu ke gong kedak di sempadan terengganu dan kelantan.
selepas balik ke klang setahun dan ke bosnia herzegovina pulak sebelum ke melaka hinggalah sekarang.
semalam kami meneman dia untuk majlis graduasi tadika an-naim di shah alam.

si kecik sedang di sediakan sebelum membuat persembahan
antara nama-nama anak-anak tadika yang bersama si kecik
menyanyi perpisahan dengan mualimah-mualimah