perjalanan ke sana sangat meletihkan apatah lagi memandu sorang diri. hajat untuk singgah di kuantan semasa balik untuk berjumpa kawan-kawan lama semasa di projek gebeng by pass dulu tak kesampaian sebab terpaksa balik ke kuala lumpur dengan seorang yang sangat penting.
inilah kali pertama aku ke tasik air tawar kenyir buatan yang antara terbesar di asia tenggara.
di sana aku bermalam di Lake Kenyir resort yang sangat sunyi sepi terutama di malam hari.

Aspa Cottage juga tempat aku dan rakan-rakan lain tinggal hampir dua tahun setengah semasa di gebeng.

sungguh menyedihkan kontraktor ni biarkan kenderaan melalui jalan utama di atas batu 'crusher run' saja.
kalau ikut prosedur jalan utama walaupun sementara mestilah di buat di atas premix atau tax.
malangnya tuan utama projek ni LLM dan konsultantnya biarkan saja.
mentang-mentanglah projek ni kat Ulu Terengganu !!!!!!

simpang ke tasik kenyir.
ada projek melebarkan jalan juga disini


chalet di tepi tasik







chalet tempat aku bermalam.
nak tau malam tu apa jadi?

