Saturday, August 1, 2009

semua akan sampai masa




minggu lepas aku telah habis baca buku di atas yang mukadepannya adalah sultan al-fatih si penakluk constantinapol.
walaupun buku ini banyak menceritakan apa yang dibuat oleh kerajaan ottoman untuk terus berkuasa dan meluaskan empayar mereka tapi setelah beratus tahun ianya tumbang juga. banyak program-program yang baik dan bagus di buat semasa itu.
tapi hidup mati empayar ini sebenar bergantung kepada ketua-ketua atau sultan mereka. bila ketua-ketua ini hilang daya kepimpinan, maka mulalah perpecahan berlaku.

akhirnya musuh mereka melalui inggeris telah berjaya melemahkan dan meruntuhkan. yang paling teruk adalah anak didikan inggeris,atartuk mengambil kuasa dan terus meghapuskan elemen-elemen islam di turki. sampai azan pun tak boleh lagi dan ditukar bahasa. melalui keluarga saud, kota suci terlepas dari kekuasaan. walaupun banyak bantahan dari negara umat islam tentang keluaga saud, kurangnya taklah menjadi seperti turki sekarang.

begitu juga syarikat atau mana organisasi atau kerajaan lain atau institusi keluarga. bila ketua sudah mula lemah dan lari dari rancangan asal maka tunggulah saat kehancuran.samada secara sedar atau tidak sedar.
selalunya kita tidak sedar hinggalah di saat-saat akhir.

kerajaan ottoman bertahan beratus-ratus tahun kerana ada salah seorang ketuanya adalah ketua terbaik selepas zaman khalifah islam tapi lama-lama hancur juga.

bagaimana yang lain ? yang tidak langsung mengingat tuhan bila jadi ketua?

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...