Sunday, August 16, 2009

pertarungan yang belum selesai....

setelah beberapa lama terbang melalui istanbul dan temasik sampailah aku ke tanah malaya.

nampak gayanya aku akan terlepas satu pertarungan akhir yang dijangka hebat antara putera mahkota malaya dengan raja subang sebelah bosna untuk merebut sebuah istana hijau.berbulan-bulan sudah pertikaian berlaku.pihak malaya terasa tertipu dengan putar belit raja subang sebelah yang menggunakan putera angkat kecil bosna untuk agenda menyapu duit serta mengambil alih istana hijau yang sedang dibina.

setelah menyedari komplot yang berlaku maka raja malaya telah memancung putera kecil yang dibela sekian lama dan mula menghantar agen khas untuk menyiasat dan melakukan kerja-kerja bawah tanah bagi memikirkan jalan menyerang raja subang sebelah dan sekutu-sekutunya.tak payahlah diceritakan betapa licik dan berlagaknya si subang sebelah bila kami cuba berunding dengannya beberapa bulan yang lalu.dengan angkuhnya cuba menghalau kami balik malaya sambil mengugut-gugut untuk mencederakan sambil menyatakan yang istana hijau adalah miliknya. tapi dia tidak akan habiskan kerja kalau pihak malaya tak mahu mengikut apa yang dia hendak.
begitulah bila kita berperang di tempat orang lain. kadang-kadang sekutu yang kita sangka akan menolong kita boleh berpaling tadah atas berbagai-bagai sebab.kita terpaksa menggunakan segala macam helah untuk mengatasi lawan kita.

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...