Saturday, August 8, 2009

hari-hari terakhir seorang jurutera malaya di bosnia

akhirnya kembara jurutera malaya ini dah sampai ke penghujung.

begitu susah nak melangkah kemari, begitulah bila nak berangkat ni.
tetapi kerana terpaksa memilih antara mana yang lebih penting dan utama, maka inilah jalannya yang tuhan dah tentukan.

kalau memikirkan masalah-masalah memang aku tak akan memijakan kaki kesini lagi tetapi dalam gundah ada suka. dalam pahit ada manis, maka ingatan terhadap bumi bertuah ini tak munkin akan terpadam dengan senangnya.
aku pun sukar untuk memahaminya.

perasan begini tidak timbul masa aku berangkat balik dari india. perasaan sangat gembira bila bumi malaya di pijak setelah balik dari chennai empat tahun dahulu.

kesukaran bertambah-tambah disini bila inilah pertama kali aku merempuh musim sejuk bersalji. ditambah lagi dengan bahasa yang langsung sukar dipelajari.hari-hari yang berlalu terasa sangat sukar.ditambah dengan masalah yang ada.

kemudian semakin lama aku dapati betapa berbezanya pemikiran orang-orang islam bosnia.seolah-olah keras kepala.lain dicakap,lain yang hendak.
perasaan nak berkenalan dengan simata biru lenyap begitu sahaja.

walaupun di india ramai orang islam tapi yang di sini lain macam jiwa mereka. patutlah tuhan memilih mereka dan bumi ini. umat islam disini dilanyak beberapa kali oleh puak-puak kafir tapi meraka tetap melawan dan bangkit kembali selepas perang.
kerana degil mereka, maka islam tetap ada lagi dan sekarang bila lihat masjid yang baru dan orang-orang yang pergi berjamaah, maka islam akan tetap subur disini.
walaupun mereka yang datang solat itu ada bermacam-macam gaya. seluar yang cukup-cukup sah solat la, bersubang dan bertatoo pun ada.tapi janganlah kita mengutuk mereka.

munkinkah mereka disini yang akan jadi benteng melawan puak pemusnah yakjut dan makjut yang di sebut dalam cerita iskandar zulkarnain? munkinkah puak serb itu dulu yang dibuat tembok dan dikurung?

satu lagi tentang memberi salam di sini.
salam seolah-olah perkara wajib bila mereka berjumpa. ada yg sampai peluk-peluk.

munkinkah aku kembali lagi ?


1. vrtovi riverina


2. - yayaktina ( kambing ) bakar di rumah mirsad tua


3. old town barsasha
4. vrelo bosna


5. di eskandria


6. roman bridge


7. travnik 2nd visit


8. dubrovnik


9. jambatan f.tjuman


10.kedai pizza, ilidza


11. pameran unversiti malaysia sarajevo


12. caffa di barshasa


12. marathon cancer dengan kedutaan


13. travnik 1st visit


14. igman mountain


15. baru sampai february 2009


16. fish farm di jablanica


17. ilidza


18. ilidza

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...