9. Taman Kajang Jaya
Satay Kajang
Sesiapa yang pernah belajar di UKM, satay kajang adalah sesuatu yang sangat sinonim. Tapi untuk yang tak pernah pekena langsung, memang pelik atau orang tu phobia daging ayam. Untuk student macam kami, satay kajang ni kira eksklusif sebab budget ciput. Walaupun duduk di Kajang tapi jarang-jarang dapat pergi. Kalau gian sangat, boleh la pergi pekena sepuluh cucuk saja. Kalau masa baru dapat duit sponsor, kami akan pergi ramai-ramai dan share cost. Masa tu penuh student-student di kedai-kedai satay. Masalahnya ada yang kuat tibai macam Zurin, susahlah masa nak kira. Mentang-mentanglah Tali perut dia panjang. Dia selalu champion bila last kira berapa cucuk.
10. Taman Kajang Jaya
Sukan Olimpik 1988
Semasa di Kajang inilah sukan Olimpik Los Angeles di jalankan. Aku dan Aspa dok pikir macamana kami nak tengok sukan tu. Takan bila nak tengok kena pergi kedai saja. Masa pula bukan kena dengan waktu Negara kita. Last sekali kami decide untuk sewa saja TV selama sebulan. Setelah dapat kumpul fund dari kawan-kawan lain, kami round pekan Kajang untuk cari kedai repair TV dengan harapan dapat sewa dengan harga yang murah. Akhirnya jumpa dan bawa balik naik moto. Lepaslah gian nak tengok bola sukan Olimpik.
22.5.2019
Taman Andalas, Klang