ENGINE MANIA UKM
3. Fakulti kejuruteraan awam dan stuktur.
Seramai lebih kurang dua belas orang dalam batch FKAS tahun itu. Perempuan ada tiga orang, Nora, Tuan Noor Laily dan Nurbaya. Manakala yang bukan melayu ada lima orang, Lai Ming, Kok, Suntara, Dharam dan Siva. Lain-lain semua melayu. Selain Aspa, Rozmey, Mat Sahak, ada Che Azmin, wan hanapiah, Wan Rahim dan disertai dengan tiga orang yang senior sikit dari kami iaitu Shukri, Rahman dan Abi Suffian. Shukri dan Rahman sudah ada diploma masa itu sementara Abi pula dari sebuah university di kanada.
Nora dan Lai Ming orang Serawak manakala aku, Aspa,Suntara, Siva dan Rahman dari utara. Abi dan Kok dari KL saja. Lain-lain tu geng Klate yang paling ramai termasuk Singh Dharam. Shukri pula dari Jerangau, Ganu. Dia paling senior dan kami panggil Tok Ketua.
Kami adalah batch ketiga kejuruteraan awam dan struktur. Pada masa itu jabatan kami masih tiada bangunan khas dan berselerak di fakulti-fakulti sains bila ada kuliah. Dekan fakulti kejuruteraan masa itu adalah Prof Ariffin Aton manakala ketua jabatan awam adalah Ir Dr Ramli Muhammad.
Pensyarah-pensyarah yang aku masih ingat adalah Dr Wan Hamidon, Raihan Taha, Othman, Hassan basri, Ir aziz Mustapha, Dr shahreen Madros, Ismail Abd Rahman dan lain-lain. Seorang lagi doktor konkrit yang aku sudah lupa nama dia.
17.5.2019
Ampang