Copy Dari WA grup.
[PERMATA DI BENUA INDIA]
Oleh: Abu Ammar
Syāh Ismāíl Syāhíd رحمه الله, pengarang kitab Risālāh Al-Tāwhìd(رسالة التوحيد) wafat pada tahun 1193Hijrah merupakan salah seorang ulama' dibenua India. Bapanya Syāh 'Abdūl Ghāni رحمه الله juga merupakan seorang ūlāmā'. Datuknya pula adalah mujāddid yang terkemuka di benua Hìnd ketika itu dan antara tokoh besar yang tidak asing lagi dalam lapangan ilmu, bahkan setiap jalur ijazah sanad pasti akan ketemu dengan tokoh hebat ini, iaitu Syāh Wāliyūllāh Al-Dēhlāwí رحمه الله. Bapa kepada Syāh Wāliyyūllāh juga merupakan tokoh hebat dan ahli majlis fatwa dizaman pemerintahan Islam ketika itu, iaitu Syāh Abdūl Rāhím رحمه الله. Fatwa-fatwa beliau telah dihimpunkan menjadi kitab sebagai rujukan kepada madrasah fiqhiyyah Hānāfíyyāh.
Mereka ini رحمهم الله جميعا, berasal dari bangsa Qūrāisy bernasab keturunan dari keluarga sahabat mulia Sāidīnā 'Umār Al-Khāttāb رضى الله عنه. Oleh kerana itu nama mereka ini dinisbahkan kepada Al-Fāroūqí.
Syāh Wāliyyüllāh Al-Dēhlāwí merupakan ulama' yang mahir dalam pelbagai bidang agama dan latarbelakang penggajiannya hanya berputik dan berkembang melalui tunjuk ajar dan didikan ayahnya sendiri yakni Syāh 'Abdūl Rāhim. Syāh Wālíyyūllāh pernah rehlah ke Híjjāz selama 2 tahun untuk menuntut ilmu hadis disana. Ketika hayatnya, beliau giat dalam membanteras berleluasanya amalan songsang masyarakat Islam yang tasyabbuh kepada amalan hindu serta iktikad bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم dan isteri hadhir dalam majlis tertentu. Akibat dikelilingi oleh kesesatan yang berleluasa, beliau mendidik ahli keluarganya agar terselamat dari turut sama terpesong. Ini sebagaimana saranan Al-qūrān :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا......[التحريم :٦]
Natijah dari dedikasi dan indikasi oleh Syāh Wāliyyūh, turut sama menjadikan 4 orang anaknya sebagai tokoh 'alim dalam bidang keagamaan. 4 orang anaknya ialah Syāh 'Abdūl Ghāní(bapa Syāh Ismāil Syāhíd), Syāh 'Abdūl Qādir, Syāh 'Abdūl 'Azíz dan Syāh Rofi'ūddín رحمهم الله جميعا.
Disamping itu, Syāh Wāliyyūllāh juga gemar mengikat ilmunya melalui penulisan. Antara kitabnya yang masyhur adalah Hūjjātūllāh Al-Bālíghāh(حجة الله البالغة) yakni kitab yang membincangkan rahsia/hikmah disebalik syariat yang diturunkan.
Berbalik kepada kisah Syāh Ismāil Syāhìd, beliau kematian bapanya ketika usia kecil yakni Syāh 'Abdūl Ghāní. Kemudian tanggungjawab memeliharanya diambil oleh bapa saudaranya yang juga merupakan orang 'alim dalam bidang agama bernama Syāh 'Abdūl Qādír رحمه الله. Maka bermulalah episod penggajian Syāh Ismāil Syāhid dalam rumah bapa saudaranya Syāh 'Abdūl Qodîr. Kemudian kembara menuntut ilmu Syāh Ismāil diteruskan lagi bersama dua bapa saudaranya lagi, iaitu Syāh 'Abdūl 'Azíz dan Syāh Rofi'ūddín. Perjuangan beliau sama seperti datuknya Syāh Wāliyyūllāh, iaitu menentang segala bentuk kebatilan yang merosakkan āqídāh.
Syāh Ismāil juga mengarang banyak kitab, antaranya kitab Rísālāh Tāwhìd yang asalnya didalam bahasa Urdu berjudul Tāqwíyātūl Imān. Māwlānā Zākāriyyā Al-Kāndāhlawi رحمه الله telah mengarahkan Māwlānā Abū Hāsān Al-Nādwí رحمه الله menyalin semula kitab Tāqwíyātūl Imān karangan Syāh Ismāil ke dalam bahasa arab yang kini kitab ini dikenali sebagai kitab Rísālāh Al-Tāwhíd(رسالة التوحيد).
Demikianlah catatan ringkas saya Abu Ammar yang faqir dan dha'if disisi Allāh Al-Mālikūl Mulk berkenaan tokoh-tokoh hebat benua Hind yang hebat dalam ilmu, hebat juga memerangi kebatilan demi memelihara āqidāh. Mereka diumpamakan permata yang sangat bernilai.
[Sumber : ulangkaji rakaman kuliah Muqaddimah kitab Rísālāh āl-Tāwhìd oleh guru kami, Māwlānā Fāizāl 'Abdūllāh, Masjid Hadhari, Terengganu, Malaysia.]
Nota : saya juga insan yang bisa terdedah melakukan kesilapan dalam menukil. Sebarang kritikan membina dan pembetulan adalah dialu-alukan.
وبالله التوفيق والهداية — with Nasaie Hanaffie.