Di saat orang heboh debat, jumpa satu ringkasan yang menarik.
Apa yang pasti kita tak perfect.
Mujaddid
Ketika umat sibuk dengan urusan dunia, muncul umar abd aziz menyeru umat bertaqwa.
Ketika wujud pertentangan ahlul hadith dgn ahlu ra'yi, muncul asy-syafi'i menyeimbangkan keadaan.
Ketika muncul hadith palsu, muncul imam al-Bukhari menyaring hadith2 sahih.
Ketika umat menggilai ilmu kalam, muncul imam asy'ari mendahului nas.
Ketika kumpulan tarikat mencipta kaedah2 asing, muncul imam al-Ghazali dgn kitab ihya'nya
Ketika syiah dan tarikat berkembang, muncul imam ibn taimiyyah memurnikan tauhid.
Ketika khurafat dan bidaah berleluasa di Jazirah Arab, muncul imam ibn Wahab berusaha keras untuk memurnikan tauhid ibadah. Begitu juga di Benua India, muncul Syah Waliyullah.
Ketika umat dijajah, muncul Hasan Al-Banna menyeru kpd dien wa daulah.