rupanya ujian pasca haji lagi hebat.
kadang-kadang aku tak sedar ianya datang dan tewas.
ada dua kes yang terbaru.
bila aku teringat, mahu aku menangis semahu-mahunya atas aku ini hanya manusia hamba tuhan yang dibuat dari setitis air mani yang hina.
untuk pengajaran diri sendiri, aku rekodkan disini.
pertama, kunci rumah yang aku sendiri kunci dan letak dalam poket seluar aku sendiri. tiba-tiba ada orang datang rumah, kami sekeluarga mencari bagai nak gila. tak jumpa. dan aku marah-marah kepada dua puteri yang selalunya diaorang salah letak kunci. kami juga terpaksa panggil sikembar balik dari surau untuk buka kunci rumah.
bila tenang dan disiasat rupanya ia ada dalam poket seluar aku.
aduh tuhan, perkara kecil sebegini kau uji aku.
dah aku terpaksa menunjukan keinsafan dengan meminta maaf dengan dua puteri santubung dan sejinjang yang muka diaorang macam kena arang sebab kena marah sakan sebelum itu. tapi nasib baik diaorang tak pulangkan paku buah keras kat aku.
kedua, pasal buku akaun tabung haji dan ASB aku yang hilang semasa kami pergi menunaikan haji. entah mana salah letak bila balik, sampai sekarang tak jumpa. jadi semalam aku ambil cuti untuk selesaikan kedua-dua hal buku. masa di tabung haji klang aku memang hampir meletop sebab bila dah isi borang dan ambik nombor dan tunggu dan dipanggil. bila duduk pulak, tuhan berikan staff situ yang terkenal dengan sambil lewa dan muka masam. dia kata, encik kena ada salinan kad pengenalan. ada apa-apa lagi? tanya aku. dia kata, itu saja. encik pergi photostat dan datang balik. ( kat borang tu tak ada tulis pun nak salinan kad pengenalan).
tak pa. aku pun pergi photostat, ambik nombor. bila aku duduk dan baca balik borang tu ada satu ruang untuk letak setem dan kena matikan di lembaga hasil. setem pulak kena beli di pejabat pos klang. sensara aku macam volkano nak meletop. tapi entah macamana teringat peristiwa sabtu malam lepas dan aku mula sedar ini bukan sebarang hal. aku terus ke kaunter dan tanya pasal matikan setem. kata kerani tu, memang sini kita tak buat, encik kena pergi pejabat hasil. bila dipikir, tak berbaloi aku ulang-alik sini. dan sekarang dah rugi sejam. aku aku ambil keputusan tukar plan.
aku terus saja keluar dan menuju ke shah alam untuk selesaikan masalah buku ASB pulak. sampai shah alam, aku tak jumpa pulak pejabat tu. berpusing-pusing dua round baru jumpa. aku ke kaunter dan tanya sikit sebanyak dan pergi photostat kad pengenalan dan lesen memandu, semuanya selesai tak sampai dua puluh minit. begitu mudah dan senangnya berbanding sebelum ini.
aku semakin pasrah dengan status aku sebagai hamba tuhan.
bukan nak bongkak atau apa tapi pengalaman kecil di atas ini sangat memberi kesan kat aku sampai saat.
semakin teringat aku kepada buku baru prof kamil yang terbaru, saat kita di uji.
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...