Friday, February 17, 2012

hari itu datang juga akhirnya

 semalam aku baru habis satu mesyuarat quarterly performance di corus hotel port dikson. setelah berpusing-pusing akhirnya jumpa juga. aku tak berminat hendak cerita pasal mesyuarat ni sebab performance kita orang sangat terus. macam mau bungkus saja. tapi kayuh tetap kayuh.

yang aku nak adalah satu sms yang aku terima pada pagi-pagi sebelum ke PD.  walapun dah dijangka tapi ingatkan dah terpadam.
Jack sparrow ketua lanun aku dulu dah meletakan suratnya untuk meninggalkan kapal. aku bersama-sama jack di kapal itu setahun lapan bulan. aku dicampakan ke kapal itu awal empat dari dia untuk satu tugasan yang sangat sukar. tapi aku terpaksa belah lagi awal untuk satu lagi tugasan yang amat mustahil.
kapal dulu dah kami baiki sampai bukan setakad berjalan laju tapi tidak lagi sesat ke hujung dunia.macam-macam yang kami lalui sepanjang perjalanan itu termasuk 'membunuh barbosa' yang mulanya melayan aku dan jack macam sampah. pengalaman ini akan aku ceritakan dalam siri  yang lain. panjang nanti kalau aku tulis sini.
kalau ada lanun-lanun lain sedih dengan pemergian jack aku lagi sedih berbanding dengan diaorang. kami jadi kawan masa hari pertama dia melangkah masuk kapal. campur dengan seorang lagi, masa itu hanya  tiga orang saja kawan. dan masa aku nak keluar, ada majlis perpisahan yang tak pernah terpikir   oleh akan dibuat oleh jack.
alamak rasa nak nangis pulak!!!!!

bila aku sampai kat corus tu, rupanya jack dah ada.malam tu sempat la cerita sikit sebanyak apa yang berlaku.
malam kedua kami pekena satey kajang ni. jauhnya sate ni berjalan.

apa-apa pun jack, good luck.
hidup mesti diteruskan.

datang dan pergi adalah adat hidup.
kita ada perancangan masing-masing .
walaupun aku rasa aku yang akan terjun ke laut dulu. tapi perancangan tuhan adalah yang paling akhir dan hanya dia yang tahu apa hikmat dan hikmahnya.

semoga berjumpa lagi, jack.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...