
cuma yang aku nak salin disini adalah sebuah syair yang pernah diucapkan oleh saidina ali ibn abi talib :
' wahai orang-orang yang mencari jernih di dunia ini,
jernih yang tidak ada kekeruhan padanya.
engkau adalah mencari barang yang tak ada,
janganlah engkau harap bahawa maksud mu akan tercapai.
ketahuilah olehmu bahawa selama kita masih hidup,
kita sentiasa akan mendapat ujian.
dengan yang baik atau yang jahat,
dengan kemudahan, ataupun dengan kesulitan.
dimana akan engkau jumpai,suatu manafaat yang tak ada mendarat padanya, selama dunia masih tetap dunia.
padahal kejadian dunia itu sendirilah, yang penuh dengan manafaat dan penuh dengan kemelaratan.
sebab itu, jika engkau pengecut, engkau akan ditimpa oleh malu yang amat besar.
dan jika engkau berani bertindak,
engkau nescaya akan berjumpa dengan kemuliaan.
tetapi barangsiapa yang lari dari medan perjuangan,
tidaklah dia akan terlepas daripada apa yang ditakdirkan tuhan.