Wednesday, August 24, 2011

apela mamat ni

buat malu kaum saja brader ni.
bulan-bulan posa buat cerita seposen cam ni...

sudahlah......

banyak lagi cara lain nak menang

kita masih tak sedar

dah dua malam doktor sejarah ni muncul di TV tiga suku cerita pasal ulangtahun 500 tahun melaka kalah dengan portugis.
ada ka cerita kalah pasal tentera upahan jawa..mana punya cerita dia dapat ni.
semalam bagi alasan lain pulak.....

kenapa sampai sekarang masih menidakan yang melaka kalah sebab undang-undang islam dah diketepikan?
kenapa tak mahu mengaku yang undang-undang islam berkuatkuasa semasa melaka gemilang dulu?
kenapa masih tak sedar yang pernah ada sultan yang sangat alim? juga hang yang lima sebenarnya adalah ulamak selain dari pendekar?

aku sangat setuju dengan seorang kawan FB yang mengatakan kejatuhan dan kekalahan adalah disebabkan kepimpinan yang sudah tidak mengamalkan islam yang sebenar.

sebenarnya kita masih tak sedar dan masih mak memanipulasi sejarah sebagaimana puak-puak kafir dulu

Tuesday, August 23, 2011

Blah sajalah....

semalam kata dah berakhir tapi pagi ni kata itu trik saja.

itu kaulah Labu.........dah lama orang tak suka, blah saja. menyemak buat apa.

dan jadi peringatan untul pemimpin lain. jangan lama-lama dan sapu harta rakyat untuk tembolok sendiri saja.

mana revolusi hijau kau dulu tu, mr G??????

only one kilo

after two weeks  fasting, i found that loss of my weight was only one kilo compare to last year two kilos at half of fasting month. its looks like i failed almost fifty persen!!!!
last year after one month fasting i lost total five kilos. i thought it will be the same this year but i was wrong....!!!!!
whats going wrong?
maybe because this year fasting is fully at home compare to last year when i was on outstation.

a lot of things had to be done to get below hundred kilos......

Sunday, August 21, 2011

fasa 3 - sepuluh malam terakhir

cepat sungguh masa berlalu di bulan puasa ni.
dah masuk fasa tiga rupanya. sepuluh malam terakhir.
pencarian malam seribu bulan akan diteruskan.

Thursday, August 18, 2011

sudah 19 hari

dalam tak sedar sudah sembilan belas hari aku berpuasa dan bertarawikh di rumah.
tak dapat digambarkan perasaan yang hilang sebelum ini. melihat anak-anak berbuka puasa dan bersahur setiap hari adalah nikmat tuhan yang tak terhingga.

tapi aku tersangat kecewa di surau semalam apabila kebisingan kanak-kanak mengganggu solat aku. bukan saja diluar surau mereka membuat onat tapi didalam juga tanpa rasa bersalah.
entah apa ada dalam kepala mereka. ibubapa yang membawa mereka juga tiada tindakan dan rasa bersalah juga. munkin mereka ingat dapat pahala banyak bila dapat bawa anak-anak mereka ke surau walaupun akhirnya anak-anak itu menyebabkan solat orang lain terganggu.

ataupun aku yang tersangat sensitif berbanding bapak-bapak yang lain.

adakah begitu?

Monday, August 1, 2011

ramadan datang lagi

bulan ramadan yang mulia datang lagi.
alhamdullilah aku dipanjangkan usia untuk bertemu bulan ini.  masih ada kesempatan untuk mencari Lailatul qadar, malam yang sebaik seribu bulan.

setelah sekian lama sejak tahun 1999, kali ini kali yang kedua aku akan berpeluang berpuasa penuh di rumah. kali pertama bila aku pindah ke petaling jaya empat tahun lepas. rancangan asal kontrak adalah selama dua tahun tapi tuhan punya kuasa aku ke bosnia setelah baru setahun dua bulan. balik dari bosnia seminggu sebelum ramadan dan aku terus ke melaka untuk satu tugas yang lain.

semoga ramadan kali ini akan membawa banyak makna untuk aku dan keluarga

happybirthday Piya

dah tujuh tahun rupanya si bongsu.
dia lahir masa aku outstation di kuantan. dalam masa itu hanya setahun aku bersama dia di andalas. hanya sebulan yang lepas aku balik ke sini untuk satu tugas yang baru. semoga kali ni sekurang-kurangnya dua tahun aku di rumah.

selamat hari jadi yang ke tujuh anakku.


 
harap anakanda puasa penuh tigapuluh hari tahun ini.

belasungkawa

Semalam dapat berita di FB pak khalid menghembuskan nafas terakhir. Dia kawan lama masa projek BP dulu. Semoga tenang di sana. ...