Thursday, August 18, 2011

sudah 19 hari

dalam tak sedar sudah sembilan belas hari aku berpuasa dan bertarawikh di rumah.
tak dapat digambarkan perasaan yang hilang sebelum ini. melihat anak-anak berbuka puasa dan bersahur setiap hari adalah nikmat tuhan yang tak terhingga.

tapi aku tersangat kecewa di surau semalam apabila kebisingan kanak-kanak mengganggu solat aku. bukan saja diluar surau mereka membuat onat tapi didalam juga tanpa rasa bersalah.
entah apa ada dalam kepala mereka. ibubapa yang membawa mereka juga tiada tindakan dan rasa bersalah juga. munkin mereka ingat dapat pahala banyak bila dapat bawa anak-anak mereka ke surau walaupun akhirnya anak-anak itu menyebabkan solat orang lain terganggu.

ataupun aku yang tersangat sensitif berbanding bapak-bapak yang lain.

adakah begitu?

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...