Saturday, April 30, 2011

akhirnya

akhirnya ni yang jadi setelah percubaan untuk dapat laba besar tidak begitu berjaya.  adakah kita terburu-buru atau ada agenda disebalik mee?

mudahnya meniaga

berita pasal email percuma satu malaya mengundang banyak soalan. ada kata percuma tapi boleh bagi revenue lima puluh juta. ada kata baik bagi internet percuma dari email percuma. ada kata bagi internet laju dari lembab yang macam kura sekarang. tapi yang aku sangat setuju ada satu kawan kata, orang korporat kata bussiness kreatif, orang kampung kata ni apa tipu. apa aku kata?

Thursday, April 28, 2011

kecewa

kenapa brader ni buat u-turn?
hanya jauhari yang mengenal maknikam

DARI BERITA HAIRAN :-
Bekas jurulatih Chong Wei tidak dapat dihubungi untuk dapatkan komen
"KAMI semua keliru". Itulah luahan Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi selepas mendapat perkhabaran mengenai keputusan Misbun Sidek menolak tawaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM), semalam. Entah apa yang berlegar dalam kotak fikiran bekas jurulatih perseorangan itu sehingga mengambil keputusan nekad itu biarpun pelbagai usaha perbincangan diambil sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ‘turun padang’ memujuk bekas jaguh negara itu. “Kita tidak tahu apa sebenar perancangan Misbun. Kalau tak ada apa-apa kenapa dia lebih dulu ambil keputusan untuk berhenti? Tidak ada orang yang tahu apa difikirkannya mungkin dia mahu menjadi jurulatih di tempat lain atau pun mungkin memulakan perniagaan,” kata Kok Chi, semalam mengenai tindakan membisu jurulatih itu sejak meletakkan jawatan pada penghujung tahun lalu.
Misbun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen, semalam.
Semalam, dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi BAM dipengerusikan Timbalan Presidennya, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah berkata semua ahli majlis menghormati dan menerima keputusan Misbun yang banyak memberi sumbangan kepada kejayaan sukan badminton sepanjang enam tahun bersama badan induk itu.
“Bila-bila masa Misbun mahu bersama semula kita, kita tidak halangan tetapi buat masa ini kita hormati keputusan Misbun,” katanya, mengenai kehilangan jurulatih badminton itu, semalam.
Ada yang beranggapan andai aspek gaji dalam kontrak baru diambil kira, perkara itu mungkin tidak menjadi masalah apabila jumlah yang ditawarkan dikhabarkan tidak berubah tetapi mungkinkah faktor ‘kehilangan’ Chong Wei yang terus terang mengatakan sudah selesa tanpa bimbingan mentornya itu menjadi penyumbang utama?
Berdasarkan rekod cemerlang sebagai jurulatih, Kok Chi mengharapkan Misbun kekal menjadi jurulatih biarpun di tempat lain berdasarkan umur jurulatih itu yang dikategorikan masih muda lagi.
“Kalau saya di tempat Misbun, saya akan menyahut cabaran baru membimbing atlit pelapis dan melahirkan lebih ramai jaguh bagi Sukan Olimpik 2016. Kalau ada peluang sebegitu, saya pun mahu terima apa lagi berpeluang melatih anaknya (Misbun Ramdan) yang berbakat besar,” katanya.
Sementara itu, ahli Majlis BAM, Datuk Sayed Abu Bakar Abdullah pula berkata: “Dia harus terima saja tawaran itu memajukan pemain negara. Dia tidak perlu lagi menjaga Chong Wei kerana pemain macam Chong Wei, letak mana-mana jurulatih pun boleh sebab dia memang sudah cemerlang.”
Dia menambah, bekas pemain perseorangan wanita negara, Wong Mew Choo pula akan mula memikul tugas sebagai jurulatih perseorangan wanita program Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) mulai Mei ini manakala Chi Shanrong yang melatih program SSBJ dilantik membimbing skuad perseorangan wanita kebangsaan.

lawak

lawak sungguh brader ni. dia tibai orang tapi dia kata dah maafkan orang tu. aku silap baca ka apa. dah pencen ada gaji dan kerja baik sudahlah....

kesian si lembut

kesian kena training untuk jadi sasa puak-puak ni. tapi aku support juga walaupun ada satu minah tu beria-ia kata program ni hampeh. sekurang-kurang ada orang yang sedang cuba membetulkan keadaan.

wayang apa ni

wayang apa yang sedang berlaku nie.....

dia yang lebeh

sapa la yang bagi dia lesen untuk bagi pandangan bagi pihak orang lain......

Wednesday, April 27, 2011

kesian

kesian wengeroy ni. dah enam tahun tak ada piala. nak buat macamana KPI coach bola ni ikut berapa piala menang.  jangan nangis.......heheheehehehe

pep vs jose

dua coach yang begitu bersemangat dengan gaya mereka yang tersendiri. hari tu final si portugis menang tapi semalam semi-final 1st leg si sepanyol menang.mereka dari negara-negara yang kuat menjajah masa dulu kala.

Friday, April 15, 2011

solat jumaat di mesjid jamek kl

 hari ini walaupun melaka cuti umum tapi aku kena juga kerja di kl. tempatnya di jalan raja laut yang sangat sesak dengan kenderaan. dahla sesat berpusing-pusing kl tadi, akhirnya kereta parking kat SOGO ja.
tahu-tahu salajah kl bila hari jumaat memang susah nak cari tempat solat tapi hari ni ada rezeki yang sangat baik. kawan-kawan yang sekali mesyuarat nak ke mesjid jamek kl yang sangat famos tu dengan nak keretapi. satu pengalaman baru.walaupun mesjid ni tip top, tak pernah aku solat sini.
memang menarik rekabentuk mesjid ni.

 awal lagi masa kami sampai tapi kena solat kat tempat panas. okeylah juga bukan selalu.
 stesen keretapi mesjid jamek

 satu lagi angle mesjid.
kat sini aku nampak kawan lama shukri yang dulu jadi residen engineer jaga aku kat projek sri damansara interchange. sempat senyun-senyum saja.lepas solat hilang. entah mana dia kerja sekarang.

 gambar dari stesen keretapi
 masa nak balik. jalan sesak gila. entah bila kl akan macam ni. nasib baik masa balik ikut jalan betul.itupun pukul lapan malam baru sampai klang.
aku dengan brader sebelah insaf lebih hari ni. itulah rezeki tuhan yang tentukan.

Wednesday, April 13, 2011

ke ipoh lagi

kali kedua aku ke ipoh untuk urusan kerja dalam tempoh setahun setengah ini.
kalau dulu aku ikut simpang pulai nak ke hotel herritage, tapi kali ni aku ikut ipoh tol selatan.

dah berubah rupanya tol ni selepas pihak lebuhraya membuat jalan terus ke utara.

yang  nak cerita cuma aku pernah kerja buat lebuhraya ni dari ipoh ke simpang pulai dua puluh tahun lepas.
betapa siksa masa nak mula buat kerja. maklumlah tempat ni dulu bekas lombong dan lepas tu ada orang bela babi sini. limau bali pun ditanam sini. cantik-cantik buahnya. dulu sedap juga aku tibai sebab
buahnya lebih besar nak dibanding dengan yang di perlis.
tapi tak lama lepas tu dah tak lalu nak makan lagi sebab teringatkan kebun dalam kandang.
di tempat tol ni ada juga satu kolam yang sangat besar. nak tutup ambil masa berbulan-bulan.

ni pula simpang baru ke tambun dan ipoh.

bawah tu dari tingkat sepuluh hotel. nampak tempak lumba kuda.

tapi kali ni aku tak sempat jumpa mood, kawan x-jenan aku yang sekarang dah ada bisnes baik. sebok la tu agaknya.

ni masa aku kat hiway, ada kereta gila tak sabar nak lalu. dia ingat dia sorang saja nak balik cepat. main sondol ikut suka. buka orang tak bagi jalan tapi ada kemalangan. menyampah perangai orang malaya yang macam ni.

Thursday, April 7, 2011

ros

beberapa koleksi bunga ros kat rumah. aku sebenaqnya bukan nak cakap pasal bunga ni tapi pasal gambaq ni aku ambil dengan Blackberry. nak test kamera dia. apamacam?  baguih jugak nampaknya


sini pun tunjuk

traffic light kat jalan sg jati aka jalan uganda.  jangan tunjuk bendera saja. program dan visibliti juga penting. agak-agak boleh menang lagi ke kali ni?

gila


dah semakin gila media utama malaya ni.
dulu ingatkan ada sikit yang haru tapi kes ni berjangkit dengan media yang ala-ala islamik.

Wednesday, April 6, 2011

sapa crook

crook-crook ni belaan sapa sebenarnya?  kenapa diaorang berani sangat? ada godfather ke? takan pihak berkuasa kita lembap sangat?  aku tak ada jawapan, sekadar sedikit pertanyaan.......

kampung paya banjir lagi

kampung paya banjir lagi.kali kedua untuk tahun ni. walaupun tak masuk rumah macam dulu tapi  bahagian dapur rumah penuh air selama dua hari. yang paling teruk orang yang duduk tepi sungai sebelum ke pekan balai baru. dengar kata belat tu pun macam ada problem saja. tapi sebab yang utama aku rasa adalah semakin banyak dan tak terkawal pembinaan jalan masuk dari jalan utama ke rumah masing-masing. parit di sepanjang jalan dari kangar ke padang besar pun dah makin banyak ditutup dan semakin cetek tak macam dulu-dulu. aku juga tak pikir akan ada penyelesaian dalam masa yang singkat.yang ada orang tunggu duit dan duit.lepas tu gaduh orang ni dapat, orang tu tak dapat.

mesjid india klang



masa lalu lepas jambatan sungai klang, aku sempat ambik gambar mesjid india klang yang siap tahun lepas. mesjid ini dari jalan dok diblakang kedai tekstil. jadi nampak menara dan kubah saja.

sapa power?

lain macam pulak kali ni puak-puak Batu Nisan ni.  sejak bila depa dilantik jadi jurucakap pakatan. pegi jaga rumah sendiri udah ler.....

mee udang durian tunggal

dua minggu lepas masa balik dari gemencheh, aku sempat singgah di kedai mee udang dekat durian tunggal.

Tuesday, April 5, 2011

keropok lekor

bila tengok ni lapaq kopok lekor pulok.....dah macam-macam tempat aku cuba selain dari marang. antara yang best selain marang, kuala kemamang dan besut.                                                           ada juga di cendor dan kerteh yang boleh menghilangkan kerinduan kepada si lekor ni.       
tapi kalau kat kl, memang tak seap, keras sebab tepung banyak. juga kalaun orang ganu tau ni untuk pasarang kl, depa secara tiba-tiba bagi kualiti yang low kelas....aparahhhhh

judi mania

baguslah kekalkan keputusan untuk hentikan jual loteri. 
ada orang takut tokey loteri lepas ni tak ada kerja kot...

saba arabic food

lepas cruise tasik, kami ke cyberjaya untuk cari kedai makan yang power. apalagi kedai pak arab lah.....yang ni kawan jenan yang rekomen. memang best tapi lupa ambik gambaq lagi......sebab nasi manday tarak, kabash pun jadi.  boleh mai lagi yang ni

kedai arab zam-zam

sejak pekena nasi arab bukit beruangtak sabaq nak cari dekat-dekat klang atau shah alam.             masa kursus haji hari tu, ustaz bagitau ada baik punya makanan arab kat sek 7 shah alam. husha punya husha jumpa lah ni.                                Zam-zam nama dia sempena nama air zam-zam kat mekah kot. dok sebok tibai nasik arab ni, terlupa ambik gambaq pulak ! gambaq kedai ajalah....

anak durian monsun king

ini adalah percubaan terbaru aku untuk 'mengemaq' durian dari biji hingga jadi anak pokok. nak tanam mana aku pikir kemudian.                                                                          biji durian adalah dari jenis monsun king yang aku beli masa cuti sekolah itu hari.                                                          lepas ini nak pindah tiap-tiap anak durian ni ke bekas poli yang lain. harap-harap jadilah.....

Monday, April 4, 2011

belasungkawa abang zul

minggu lepas aku menerima berita yang abang zulkifli mansor yang pernah menjadi supervisor aku mas kerja di percon corporation telah meninggal dunia. kami pernah berkerja bersama-sama masa di projek shah-alam expressway (kesas), elevated hiway di kpg baru dan kuantan kerteh railway. sebelum ni mansor, seorang lagi bekas staff percon meninggal dunia. Al-fatihah kepada kedua-duanya.  Photo : ( abang zul motorgrader -dua dari kanan bersama otai-otai percon lain selepas lunch farewell aku di kerteh)

Sunday, April 3, 2011

putrajaya lake cruise

masa cuti sekolah baru-baru ni aku sempat ke putrajaya untuk cruise di tasik buatan.
beberapa gambar masa cruise tasik tu.

tiket yang di jual. tempatan dan pelancong lain harga

kaunter tiket



mesjid putrajaya

jambatan cable

program motivasi ibubapa dan pelajar di SRA kg jawa

 hari ahad semalam aku menghadiri satu seminar motivasi ibubapa dan pelajar di sekolah agama kg jawa klang. program ini dikendalikan oleh ustaz dr sahabudin.
secara keseluruhan  program ini sangat baik dan memberi beberapa ilmu yang sangat berguna terutama hendak mengendalikan anak-anak generasi Y aku.
ada beberapa tips yang dapat aku kongsi di sini :
1. Lima perkara untuk peringatan kita dan anak-anak. 
a) lakukan perintah Allah dengan sebaiknya
b) jangan bazirkan masa dengan perkara yang sia-sia
c) jangan salah pilih kawan
d) gunakan sebaik-baik peluang yang ada
e) jangan sia-siakan keringat ibu dan bapa
2. hafal dan baca surah Al-isra Juz 15, ayat 23 & 24 lepas solat dan lepas baca al-fatihah 3x   
3. Lagi syarat untuk mudah belajar
a) mengutamakan solat
b) jangan lawan ibu dan bapa
c) hormatilah dan ikhlas kepada guru dengan sepenuh hati


 4. makanan yang baik untuk anak-anak 
a) kurma shapawi tiap-tiap pagi
b) madu sesudu
c) kismis tujuh biji tiap-tiap hari
5. juga membuat air penerang hati
bacalah surah berikut kepada air -
bismillilah, ar-rahman 5x, al-munkit 5x

erti

Dari grup sunnah Thtl : Salaf= moyang, pendahulu, pioneer. Mcm salaf kuala lumpur (peneroka awal KL) Salafussoleh= generasi 1-300 tahun pert...