Wednesday, April 13, 2011

ke ipoh lagi

kali kedua aku ke ipoh untuk urusan kerja dalam tempoh setahun setengah ini.
kalau dulu aku ikut simpang pulai nak ke hotel herritage, tapi kali ni aku ikut ipoh tol selatan.

dah berubah rupanya tol ni selepas pihak lebuhraya membuat jalan terus ke utara.

yang  nak cerita cuma aku pernah kerja buat lebuhraya ni dari ipoh ke simpang pulai dua puluh tahun lepas.
betapa siksa masa nak mula buat kerja. maklumlah tempat ni dulu bekas lombong dan lepas tu ada orang bela babi sini. limau bali pun ditanam sini. cantik-cantik buahnya. dulu sedap juga aku tibai sebab
buahnya lebih besar nak dibanding dengan yang di perlis.
tapi tak lama lepas tu dah tak lalu nak makan lagi sebab teringatkan kebun dalam kandang.
di tempat tol ni ada juga satu kolam yang sangat besar. nak tutup ambil masa berbulan-bulan.

ni pula simpang baru ke tambun dan ipoh.

bawah tu dari tingkat sepuluh hotel. nampak tempak lumba kuda.

tapi kali ni aku tak sempat jumpa mood, kawan x-jenan aku yang sekarang dah ada bisnes baik. sebok la tu agaknya.

ni masa aku kat hiway, ada kereta gila tak sabar nak lalu. dia ingat dia sorang saja nak balik cepat. main sondol ikut suka. buka orang tak bagi jalan tapi ada kemalangan. menyampah perangai orang malaya yang macam ni.

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...