Friday, October 30, 2009

lost of soul or dead man walking

last few weeks i came across one staff which look like dead man walking or i like to say that they had lost their soul.

he still working but looks that their mind is somewhere else. they only carry their body to work place and just do what they suppose to do. sometimes they feel they dont want to do what had been instructed or they will do on their own way.

what make me sad was they have integriti and loyalty but with zero self motivation.
and they just dont know what to do to make they work live again.

how to brings this people back to mainstream?

there was also one which rediscovered their soul and now in process of improving.
what make him live again is the new assignment given to him and he started to give more. now he had been given better assignment.

its looks that self movivation will help.but how?
only the affected will know how and people surround him can only talk o him and give more encouragement.

Saturday, October 24, 2009

rivalry among siblings

many don't believe that there always been rivalry or frictions among siblings or sister company or subsidiaries.
one of my friend called it undercurrent.

why this rivalry or frictions happened?
why cant blood brothers or sisters resolve amicably any dispute between them?
who really can manage all this rivalrly or frictions?

some seen it happened but thought its small matter only. but over years it become very ugly. not only they cannot working together but also hate each other.

until now i still dont understand why it happened.
it is because of money? i dont really think so
it is jealousy?
it is purposely create to get attention from father or head of group? this one maybe..........

can this undercurrent been manage by ordinary manager or head of company or other big brother?

next two years, i may have the answer.......hopefully

Saturday, October 17, 2009

SMSAHraya 2009




























note : all photo from md nor and dahalil collections


nasib baik aku sempat jugak pergi ke SMSAHraya di putrajaya petang tadi setelah bertarung sakan mengeluarkan jin dari rumah aku.
yang nak di ceritakan sini bukan pasal jin tapi pasal perjumpaan raya sekolah jenan sempena raya kali ini.

pertamanya aku berjumpa dengan dr ismail abd rahman yang menjadi pensyarah aku masa belajar dulu. dan dia juga penyelia thesis tahun akhir. dalam masa tu tak pernah aku tahu yang dia juga dari sekolah yang sama dan bila aku masuk jenan tahun 80, dia dah keluar setahun sebelum tu.

keduanya kedatangan batch kami kali ni lebih dari biasa.

Friday, October 16, 2009

betul ke ni...????

betul ke berita bawah ni?

tapi kenapa ada ura-ura subjek ugama islam nak di mansuhkan dalam peperiksaan pulak.......

cakap biar betul-betul, jangan jadi macam ular.....

Pendidikan Islam dimantapkan

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Kerajaan akan terus memantapkan pendidikan Islam dengan memperluaskan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) selain menjadikan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebahagian program sepanjang hayat.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, untuk mencapai matlamat itu juga, kegiatan dakwah Islamiah akan ditingkatkan manakala tulisan jawi terus diperkasa di sekolah-sekolah.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan berpendirian pendidikan agama merupakan asas pembinaan akhlak, sahsiah dan jati diri anak-anak.

“Mesyuarat penyelarasan antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini bersetuju supaya program itu diperluaskan,’’ katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ia merupakan maklum balas beliau selaku Menteri Pelajaran terhadap beberapa isu yang dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan itu termasuk semasa Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Tambah beliau, antara program dakwah yang dimantapkan di sekolah-sekolah ialah kursus dakwah kepimpinan pelajar, tadarus al-Quran dan program solat bestari.

Katanya, setelah j-QAF diperkenalkan pada 2005, kelas pemulihan jawi telah diwujudkan bagi memulihkan murid-murid Islam yang tidak menguasai tulisan tersebut.

“Mulai 2005 hingga kini, tulisan jawi juga telah disisipkan dalam akhbar Utusan Melayu melalui usaha sama Kementerian Pelajaran,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada perwakilan yang mencadangkan agar mata pelajaran jawi diperkasakan.

Katanya, tulisan jawi memang satu elemen dalam mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah.

“Waktu pembelajaran jawi adalah dua waktu bagi tahun satu dan satu waktu bagi tahun dua hingga enam manakala di sekolah menengah, tulisan jawi diterap oleh guru-guru ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

dah dua bulan rupanya..............

pertengahan bulan ni rupanya dah dua bulan aku balik dari bosnia.

masih terkenang beberapa peristiwa kat sana. tapi blog ni dah betul-betul kekeringan idea dek kerana kesibukan terbaru di negeri hang tuah yang menuntut banyak masa dan tenaga.

rakan rumah aku pun dah balik bosnia dan tak pergi-pergi lagi.

raja subang sebelah masih belum bersetuju apa-apa. tawaran putera mahkota pun tak dilayannya.

nak menunggu hakim mahkamah atau ada putar alam yang baru.......

Saturday, October 3, 2009

trust nobody

few weeks ago i received a very good lesson on how sometime our trust to somebody can become very very ugly.

in real world word trust is only academic. it never have real meaning to many people.
some make as their slogan which never been practice and to trick others.

only very little people really practice trust on their living, bussiness etc and its very hard to find nowdays.

and rambo was right when dealing with other people as people near or around us might have different agenda and put poison when time is right.

how to manage this untrust around us?
can we always apply rambo philosofy that we cannot trust anybody?

Friday, October 2, 2009

dah semakin teruk .......

dah semakin teruk dua puak gila ni........

takan nak kena tsunami baru nak ingat

14 NGO Islam Pahang selar SIS, JAG
Okt 2, 09 5:53pm

Sebanyak 14 badan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang hari ini menyelar Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dan Sisters In Islam (SIS) berhubung kenyataan dua badan itu yang menganggap hukuman ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor sebagai kejam.

Menurut jurucakap 14 NGO Islam di Pahang itu, Amidi Abdul Manan, mereka juga meminta dua badan berkenaan menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang.

"Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam," katanya kepada pemberita di Kuantan.

Baru-baru ini JAG dan SIS dalam laporan sebuah akhbar menyifatkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi sebagai kejam, mencabuli hak manusia antarabangsa dan menjatuhkan maruah seseorang.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Hukuman sebat itu kemudian ditangguhkan baru-baru ini bagi menghormati bulan puasa.

Amidi yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia berkata pihaknya juga akan mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang JAG dan SIS serta pihak-pihak lain daripada membuat sebarang kenyataan yang mempertikaikan sebarang pelaksanaan hukuman berkaitan agama Islam.

"Kami juga menyokong sepenuhnya hukuman yang dija



tuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dan menyokong sepenuhnya sikap dan pendirian Kartika Sari Dewi dan keluarganya berhubung kerelaannya menerima hukuman yang bakal dilaksanakan
itu," katanya.

Selain itu beliau berkata kerajaan juga diminta bertindak tegas terhadap pihak yang mencabar kedudukan Islam dan perundangan syariah yang telah dijamin dalam perlembagaan negara.

"Kita juga telah membuat satu laporan polis terhadap JAG dan SIS berhubung kenyataan yang menghina Islam itu di balai polis daerah Kuantan hari ini," katanya.

14 badan berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia Pahang (ABIM), Peguam-peguam Syarie Negeri Pahang, Jemaah Islah Malaysia Negeri Pahang (JIM), Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Pahang, Ikatan Muslimin Malaysia Pahang, Malaysia Chinese Muslim Association negeri Pahang, Pekida Pahang, Badan Nadwah Ummah Negeri Pahang, Wadah Pencerdasan Ummah negeri Pahang, Ikatan Pengkajian Islam Pahang, Majlis Kebajikan India Muslim Pahang, Persatuan Melayu Kuantan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Pahang dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Pahang.

Dalam perkembangan berkaitan, Amidi berkata pihaknya juga akan menganjurkan satu seminar berkaitan pelaksanaan hukuman sebat di dewan Jabatan Agama Islam Pahang pada 25 Oktober depan.

"Kita juga akan mengendalikan demonstrasi hukuman itu, butiran lengkap berkenaan seminar masih diperhalusi," katanya. - Bernama

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...