semalam aku berperluang solat isyak dan tarawikh di sebuah masjid di melaka dan di sebelah aku ada seorang anak muda yang menarik perhatian aku.
satu, pakaiannya bukan macam yang biasa orang melayu pakai bila pergi masjid. cukup baju t dan seluar jean dengan satu katul yang ada macam-macam dalam tu.
yang ini aku tak kisah sangat sebab dah tengok macam-macam masa di bosnia.
dia datang solat pun alhamdullilah.
tapi yang aku tak berapa berkenan bila habis selesai bagi salam, dia mula buka kantulnya dan ambil handphone dan menghantar sms. dan operasinya berterusan masa pak imam zikir dan nak baca doa.
walaupun aku sangat biasa dengan keadaan habis solat ramai yang bangkit ( terutama di kampung aku ) dan belah tapi kali ini aku rasa tak sedap hati dan tertanya-tanya.
adakah kes ini sangat terpencil?
atau aku yang banyak cekadak dan jadi sensitif?
atau adakah ini generasi baru punya hal sampai terbawa-bawa hingga ke masa solat dan teknologi baru menjadi hantu atau dadah yang sentiasa ada dalam kepala otak?
entahlah.........
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Tuesday, September 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment