walaupun dah banyak kali balik berhariraya di terengganu tapi kali ini aku terasa tersangat menyampah dengan perangai peniaga-peniaga di sana.
kalau dulu hanya peniaga batik di pasar payang saja yang mengatok atau cekik leher orang yang balik raya nak membeli belah.
kalau orang yang asal ganu pun dah kena potong kepala apatah lagi orang luar macam aku ni.
kali ini puak-puak yang jual keropok lekor terutama di marang juga buat perangai gila cekik orang yang nak membeli.
yang menyedihkan lagi ada peniaga di pasar rusila, dekat mesjid tn guru hj hadi juga buat perangai yang tak pernah mereka buat sebelum ini.
yang paling best dan menariknya peniaga sini, ada yang sanggup barang dia tak laku kalau kita kata apasal jual mahal sangat. banyakla alasan-alasan bangang yang di beri.
sayang sekali lagi ramai orang datang melawat dan melancong di tganu, lagi ramai yang kena potong leher oleh peniaga-peniaga sana.
malaslah nak cerita secara detail disini, buat loya saja tekak.
kalau tak ingatkan mentua dan saudara-saudara lain, rasanya malas nak jijak kaki sini.
nampak macam diaorang dah tak menghargai rahmat yang tuhan bagi pulak puak-puak ni.
nanti bila semua orang lari pergi kelantan bila nak membeli, barulah ramai yang mengeluh.
entah apa orang yang jaga negeri ni buat tak tau lah.
macam ikut saja telunjuk peniaga-peniaga yang cekik darah.
begitulah, negeri cantik dan banyak produk pelancongan yang baik, ada orang yang buat perangai pulak....!!!!
bila duit dah menguasai diri, gitulah jadinya........
Catatan perjalanan seorang muhandis dari sebuah kampung di perlis, berkelana mencari rezki dalam bidang construction hingga ke serata malaya dan kemudian terdampar sehingga ke bumi india dan bosnia atas sebab-sebab yang hanya DIA yang mengetahui...............
Sunday, September 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
servis kete
Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...
-
siapa yang ada masa dan kelapangan bolehlah datang ke surau darun najihin sri andalas
-
Dari kuliah ustaz SAR SURAH AL-MAAIDAH (HIDANGAN/120 AYAT) PENGENALAN SURAH Surah al-Maidah adalah surah Madaniyyah. Mengandungi seratus ...
-
70. Total sub atau sub labour atau buat sendiri. Semasa aku memulakan kerjaya berkerja dengan kontraktor, semuanya adalah dengan kaedah bua...
No comments:
Post a Comment