Sunday, July 19, 2009

rahsia minda jutawan

nak promosi buku ni sikit......



masa transit lama di istanbul sempat juga habis buku yang dah lama terperam.

beberapa perkara pasal buku ini adalah :-

1. diri anda mencerminkan minda anda
2. kesedaran pada kekayaan
3. blueprint yang betul berkenaan kekayaan
4. matlamat kewangan yang jelas
5. menggunakan kekuatan minda separa sedar
6. kayakinan dan kepercayaan diri yang hebat

secara amnya mengubah minda adalah perkara yang sangat utama. bukan sahaja cerita jutawan, malahan meningkatkan keupayaan berkerja dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan serta bebas dari tekanan adalah juga berkait rapat dengan minda kita.

dalam mencari kebebasan kewangan atau financial freedom, pengubahan minda dari minda pekerja kepada minda jutawan adalah perlu.kemudian diikuti dengan matlamat serta plan dan stategi sebelum memulakan.

ada orang tidak percaya bila dikatakan kita boleh menjadi jutawan walaupun dengan berkerja makan gaji sahaja. bagaimana ada orang yang berkerja berjaya melakukannya?

ada juga yang bersara awal sebelum umur 55 tahun setelah mencapai kebebasan kewangan.bagaimana?

semuanya masih belum terlambat. ayuh...!!!!

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...