Monday, July 27, 2009

Guna air lombong

teringat aku kecik-kecik bila tengok gambar ni.

tapi kat mana ni? taman widuri...hah..?

samada gambar ini propaganda utusan atau memang salah pemaju.
asyik-asyik pemaju juga yang salah.

lepas ni ramailah tok-tok menteri dan puak-puak politik datang dan nak bagi bantuan dan janji-janji manis.

sebelum nimana diaorang. tertidur agaknya......



BERITA UTUSAN - 27/7/2009 - guna air LOMBONG
Ketiadaan sistem bekalan air yang sempurna memaksa penduduk Taman Widuri, Bukit Beruntung 3 di Selangor mendapatkan bekalan air dari lombong berhampiran untuk kegunaan seharian seperti membasuh pakaian.Masalah yang sudah berlarutan sejak mereka mendiami kawasan perumahan itu lapan tahun lalu adalah disebabkan sikap pemaju yang tidak menyediakan kemudahan berkenaan sehingga menyusahkan penduduk.Sebagai langkah alternatif, pemaju menyambung sistem bekalan air dari sungai berhampiran tetapi kualiti air tersebut berada pada tahap tidak memuaskan dan tidak sesuai untuk diminum.Penduduk tidak boleh mendapat bekalan air bersih dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana kawasan itu tidak bersambung dengan sistem paip utama.

[ gambar atas ] l SeBAHAGIAN penduduk Taman Widuri di Bukit Beruntung 3, Selangor terpaksa menjalani rutin harian membasuh pakaian di lombong berhampiran kerana ketiadaan bekalan air. -
UTUSAN/HARUN OSMAN

No comments:

Post a Comment

servis kete

Hari ni aku servis kete di mare. Tganu speak aku fail di bengkel pertama bila brader service tu tak dapat paham apa yang aku cakap. Aku nak ...